,
Berita

“Allah Betapa Kusut Memikirkan Tentang Sesuatu Yang Tiada Jawapan”- Mila Jirin Minta Bantuan…

Syafiqah Jalal
05/05/2020
08:58 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin akui bimbang memikirkan industri perkahwinan yang juga merupakan salah satu perniagaan terbesar yang diusahakan selama ini.
Menurut Mila, perniagaannya itu terjejas teruk selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan lebih bimbang lagi apabila industri itu dikhabarkan tidak dapat diteruskan meskipun selepas PKP.
“Saya mewakili ratusan ‘Wedding Industry Business Player’ sangat risau apakah nasib yang bakal diterima kepada Industri Perkahwinan. Sudah terdengar, desas desus pekerja dan perniagaan di dalam industri perkahwinan terpaksa dihentikan dek kerana tiada pendapatan dan tiada jawapan bila dapat beroperasi semula.
“Syarikat tiada pendapatan, tetapi kos tetap sama. Syukur alhamdulillah, subsidi upah dari kerajaan sangat membantu tetapi selepas Jun 2020, bagaimanakah? sekiranya industri perkahwinan masih tidak boleh beroperasi?
“Allah maha mengetahui betapa kusut fikiran berfikir tetang sesuatu yang tiada jawapan,” tulisnya.
Mila yang juga juara Akademi Fantasia 5 (AF5) itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Justeru, Mila berharap agar pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Kementerian Pertahanan (Mindef) serta pihak berwajib membincangkan isu tersebut
“Sangat tinggi harapan kami agar pihak MITI atau Mindef atau mana mana pihak yang berwajib membincangkan juga SOP untuk industri perkahwinan,” katanya lagi
Mila kini merupakan usahawan berjaya dengan memiliki perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering

Saya mewakili ratusan "Wedding Industry Business Player" sangat RISAU apakah NASIB yang bakal diterima kepada Industri Perkahwinan. Sudah terdengar, desas desus pekerja dan perniagaan didalam industri perkahwinan terpaksa dihentikan dek kerana tiada pendapatan dan tiada jawapan BILA DAPAT BEROPERASI SEMULA. - Syarikat tiada PENDAPATAN, Tetapi KOS tetap sama. Syukur Alhamdulillah, SUBSIDI UPAH dari kerajaan sangat membantu tetapi selepas JUN 2020, bagaimanakah?? sekiranya industri perkahwinan masih tidak boleh beroperasi? - Syarikat tiada PENDAPATAN, tetapi KOS tetap sama. RENTAL tetap dikenakan (tidak semua landlord bersetuju untuk beri discount). Syukur Alhamdulillah unit unit permis yang dibeli (under bank loan) dapat MORATORIUM tetapi selepas SEPTEMBER 2020 bagaimanakah?? Sekiranya industri perkahwinan masih tidak boleh beroperasi? - Allah maha mengetahui betapa kusut fikiran berfikir tetang sesuatu yang tiada jawapan. - Sesungguhnya kami "Wedding Industry Business Player" sangat YAKIN dan MENGHORMATI usaha kerajaan dibawah payungan Tan Sri @muhyiddinyassin_official dan KKM dalam membendung wabak #Covid19 dan setiap SOP yang diarahkan untuk digunapakai. - Sangat tinggi harapan kami agar pihak MITI atau Mindef atau mana mana pihak yang berwajib membincangkan juga SOP untuk industri perkahwinan. Surat yang mewakili ratusan pengusaha didalam industri perkahwinan sudah diemailkan kepada YB Dato Sri @azmin_ali dan juga YB Dato Sri @ismailsabri60. Moga Allah izinkan surat tersebut dibaca dan diketengahkan untuk perbincangan lanjut. - Insya Allah, selebihnya kami berserah dan REDHA dengan ketentuan Allah yang maha kuasa.

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar