,
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: Kenapa Hanya Umum Juara? Ini Ranking Semua Finalis! Hady Mirza Tempat Kedua Manakala Liza Hanim ...

Amri Hassan
10/12/2023
17:29 MYT
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari mengulas mengenai tiadanya pengumuman tempat kedua hingga kelapan pada finale All Stars Gegar Vaganza.
Jelas Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
“Ini finale kita, nak fokus pada pemenang,” jawabnya ringkas.
Bagaimanapun, markah setiap bintang yang berentap pada pusingan akhir diumumkan pada sidang media yang berlangsung selepas acara.
Berikut merupakan markah penuh semua bintang finale All Stars Gegar Vaganza:
All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV.
Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.
Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.
Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.
Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.
Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.
Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Raih Tempat Pertama & Standing Ovation Daripada Juri, Ina Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

gempak
15/09/2024
01:25 MYT
Kilauan Emas 2024 telah membuka tirainya dengan persembahan 12 peserta.
the-hardest-singing-show

THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting

gempak
15/07/2024
07:34 MYT
Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Eddy Abdul Halim tampil mengulas tentang perbezaan markah antara Juara, Aepul Roza dan Naib Juara Ayda Jebat bagi konsert akhir THSS malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Main Drum Condong 90 Darjah, Aepul Roza Raih Markah 82.30%... Beza 1.49% Dengan Ayda Jebat! Semak Markah Penuh Semua Finalis

gempak
15/07/2024
00:00 MYT
Selepas 10 minggu berhempas pulas berentap di pentas The Hardest Singing Show (THSS), gelaran juara akhirnya menjadi milik Aepul Roza.
the-hardest-singing-show

THSS: Terapung Sambil Main Piano, Aisha Retno Raih Markah Tertinggi 93.20% Peratus, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

gempak
08/07/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-9 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
the-hardest-singing-show

THSS: Bakar Tangan Atas Pentas, Putera Muhammad Raih Markah Tertinggi 93.20%!, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

gempak
01/07/2024
00:06 MYT
Penyanyi, Putera Muhammad telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-8 dalam pertandingan The Hardest Singing Show setelah beberapa kali menduduki kedudukan paling tercorot.