,
Laman Utama

Alina Hassan Tak Malu Menyanyi Di Jalanan – “Gembira Sangat Bila Mereka Benarkan Saya Menyanyi Di Sana”

Fiza Kamarudin
19/08/2020
13:18 MYT
Bekas juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018, Alina Hassan gembira dibenarkan menyanyi di pusat penjaja makanan 'food truck' di Jalan Genting Kelang, Setapak.
Alina berkata dia juga tidak malu dengan kerjaya barunya itu malah bersyukur hasratnya untuk mencari rezeki di situ dibenarkan pengerusi penjaja kawasan tersebut.
“Saya jumpa pengerusi penjaja dan beritahu mahu menyanyi di kawasan tersebut untuk menghiburkan pelanggan dan mencari rezeki. "Saya tak sangka pengerusi pusat penjaja itu dan peniaga-peniaga lain bersetuju dengan hasrat saya. Gembiranya hati ni, tak tahu nak cakap macam mana,” katanya.
Tambah Alina selepas hampir seminggu menyanyi di kawasan berkenaan adalah rezeki buatnya.
“Alhamdulillah, tak adalah banyak sangat tapi saya sangat bersyukur. Setakat ini peniaga dan pelanggan semuanya menerima kehadiran saya dengan baik. “Saya juga terharu apabila ada peniaga sudi bersedekah barangan jualan mereka kepada saya. Pelanggan pun ada yang minta saya menyanyikan lagu kegemaran mereka,” katanya.
Menurut Alina setiap hari dia berjalan kaki daripada kediamannya untuk menyanyi di pusat penjaja makanan pada jam 9 malam.
Dalam perkembangan lain, Alina menerima berita gembira apabila permohonan menyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diluluskan pada 13 Ogos lalu.
Alina diberikan surat tawaran untuk menyewa rumah PPR DBKL Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur dengan kadar sewa RM124 sebulan dan sudah membayar deposit sebanyak RM400.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

TikToker Dikecam Duduk Rumah PPR Tapi Gaya Hidup T20 - “Saya Cari Kerja Untuk…”

gempak
21/08/2023
23:45 MYT
Jangan mudah menilai...
Laman Utama

Mata Alina Hassan Dah Pulih – “Terima Kasih Siti Sarah & Shuib, Hanya Allah Yang Membalas Jasa Baik Kalian…”

gempak
11/09/2020
13:25 MYT
Penyanyi Alina Hassan mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib kerana membiayai pembedahan membuang katarak di matanya.
Hiburan

"Dia Gemar Bantu Orang..." - Hidap Katarak, Alina Hassan Sebak Siti Sarah Taja Pembedahan

gempak
28/08/2020
15:14 MYT
Alhamdulillah, Siti Sarah menaja pembedahan katarak Alina Hassan.
Berita

“Kementerian Perumahan Terima 69 Permohonan PPR Daripada Selebriti” - Menteri

gempak
30/08/2019
18:47 MYT