HIBURAN
Aliff Syukri Syukur, Hasrat Ada Private Jet Tercapai - “Alhamdulillah, Berkat Menjual Jeruk Bersama Amayan…”
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa mereka sekeluarga berjaya memiliki sebuah jet peribadi.
Hasil titik peluh jual mangga jeruk
Aliff berkongsi berita gembira itu menerusi sepotong video terbaharu yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.Video tersebut merakamkan keterujaan Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida dan Ammar menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.
Menurut Aliff, jet peribadi itu merupakan hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Sementara itu, menerusi video yang sama merakamkan Aliff dan Ammar tidak ketinggalan masuk ke dalam jet peribadi tersebut dan melakukan lawatan ringkas sambil menunjukkan kemudahan mewah dalam pesawat mewah tersebut.“Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya.
Terdahulu, Aliff pernah menafikan dakwaan nombor plat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire terbaharunya mencecah ratusan ribu ringgit.“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” ujar Aliff.
@papalarisofficial Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin🙏🏻 #i ♬ Anak kampung - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Must-Watch Video