,
Berita

Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Kerana Memfitnah Bekas Menteri?

Gempak
17/04/2024
00:29 MYT
Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menuntut bayaran RM70 juta daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman, atas dakwaan memfitnah.
Abdul Kadir, 84, menerusi saman difailkan selaku plaintif terhadap ahli perniagaan itu sebagai defendan pada 6 September 2023 berkata Aliff Syukri, 37, mengeluarkan kenyataan fitnah di Instagram dan Facebook pada 2 Julai tahun sama.
Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan mendakwa kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan jutaan ringgit, selain gambar plaintif diletakkan pada kenyataan yang mengundang komen negatif daripada pembaca.

BERITA TRENDING: Telefon Bimbit & Kad Sim Milik Aliff Syukri Disita, Dihantar Ke Forensik

Selain tuntutan RM70 juta, bekas menteri itu meminta ganti rugi yang dinilai mahkamah dan perintah supaya defendan memberi aku janji bertulis tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di akaun media sosial usahawan terbabit selama tujuh hari.
Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaan pula mendakwa membuat bayaran pelaburan RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 membabitkan plaintif, defendan serta dua syarikat.
"Pihak-pihak dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang dilaburkan saya dan segala pelanggaran janji sedemikian termasuk aku janji diberikan kepada saya adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri," katanya.

Bicara kes pada Januari 2026

Ketika prosiding hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes saman itu selama tiga hari pada awal 2026.
Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, memutuskan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh bicara, manakala 5 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
Terdahulu, peguam bela Abdul Kadir, T Dheenish, berkata anak guamnya akan memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu.
"Kemungkinan pihak plaintif akan memanggil beberapa saksi daripada portal berita yang menerbitkan dakwaan defendan yang dimuat naik di Instagram dan Facebook," katanya.
Peguam, Mohd Tajudin Abd Razak mewakili Aliff Syukri berkata pihak defendan akan mengemukakan dua saksi iaitu usahawan itu sendiri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan.

PILIHAN PEMBACA: David Beckham Upload Gambar Depan KLCC, Aliff Syukri Komen: “Saya Artis Malaysia No. 1”

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar