,
Laman Utama

Aliff Hadi Tak Sangka Hobi Main Skateboard Beri Peluang Berlakon Filem

Syafiqah Jalal
15/03/2021
09:02 MYT
Pelakon Aliff Hadi tidak menyangka bakat bermain sukan papan selaju atau ‘skateboard’ sejak 18 tahun lalu diperlukan di dalam sebuah filem.
Aliff berkata dia telah dipilih oleh pengarah Ghaz Abu Bakar untuk membintangi filem Bulan & Pria Terhebat (BPT) kerana mahu mengetengahkan sukan tersebut.
“Sebenarnya saya rasa bangga apabila dipilih oleh Ghaz sendiri untuk berlakon dalam filem Bulan & Pria Terhebat ini.
“Tidak sangka skateboard menjadi sebahagian aksi di dalam filem ini,” katanya kepada Gempak.
Selain Aliff Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi. Mengulas mengenai pengalamannya dalam menjayakan penggambaran filem tersebut, Aliff berkata dia turut berdepan dengan cabaran meskipun sudah biasa dalam dunia ‘skateboard’.
“Semua stunt atau aksi melibatkan skateboard di dalam filem ini saya lakukan sendiri.
“Meskipun saya diberi kebebasan untuk melakukan style saya sendiri namun saya tetap berhadapan dengan cabaran apabila lokasi ketika melakukan aksi tersebut agak sukar.
“Kami menjalani penggambaran di dalam gudang dan agak mencabar kerana simennya tidak rata dan ada yang pecah-pecah jadi agak tidak stabil untuk bermain skateboard,” katanya lagi.
Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar itu sudah mula ditayangkan dipawagam rumah anda, Astro First mulai 11 Mac lalu. Secara ringkas BPT mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky.
Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Jangan lupa saksikan filem yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.