Hiburan

Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Pada Bella - “Sebab Dia Ibu Kandung”

gempak
Mya Amri
13/06/2024
06:44 MYT
Sponsor Banner
Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Pada Bella - “Sebab Dia Ibu Kandung”
Penyanyi, Aliff Aziz, 33, menyerahkan hak penjagaan dua cahaya matanya kepada bekas isteri, Bella Astillah, 30.

Aliff setuju serah anak

Menurut Aliff, dia bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak kepada Bella kerana merasakan wanita itu lebih layak memandangkan dia adalah ibu kandung kepada anak-anaknya.

“Sebab dia adalah ibu kandung. Saya enggan mengulas perkara itu secara terperinci tetapi apa yang dibincangkan dalam mahkamah ini, itulah keputusannya,” ujarnya.

Bagaimanapun Aliff enggan menjawab ketika ditanya media bila kali terakhir dia berjumpa dengan anak-anaknya.
“Berkenaan anak-anak, saya tak nak komen apa-apa kerana bagi saya ada perkara boleh dikongsikan dan ada yang tak perlu buat masa ini.
“Apa pun saya bersyukur apabila prosiding hari ini semuanya berjalan lancar dan saya berterima kasih kepada ayah kerana menemani saya pada hari ini,”ujarnya.
Aliff berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai hubungannya bersama Bella, Aliff berkata ini bukan masa sesuai untuk bercakap perihal tersebut.
“Ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai hubungan saya dengan Bella tetapi mohon semua beri ruang dan masa,” katanya.
Aliff juga berkata dia kini dalam fasa untuk berehat seketika daripada kerjaya seni.
Malah katanya dia juga tidak bimbang perceraiannya bakal memberi kesan kepasa rezeki dalam bidang lakonan.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Berkaca Mata Hitam Ditemani Pengawal Peribadi, Bapa Mohon Doakan Yang Baik-Baik

BERITA TRENDING: Adik Nafi Bella Astillah Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz - “Saya Bagi Berita Sahih, Memang Nak Cerai”

BERITA TRENDING: Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian Mengenai Rumah Tangganya - “Tak Bermakna Bila Saya Tak Nak Jawab,…

BERITA TRENDING: Bangga Pencapaian Bella Astillah, Marsha Turut Lakar Nama Di China - “Saya Akan Nyanyikan Lagu Sabah”

“Alhamdulillah saya masih jalani fasa untuk berehat kerana ini sangat memenatkan untuk semua orang.
“Berkenaan rezeki, untuk saya ada satu keyakinan yang rezeki di tangan Allah. Saya kini lebih kepada muhasabah diri. Semoga yang baik akan berlaku pada semua pihak,” katanya.
Terdahulu, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.
Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada hari ini.
Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024