,
Laman Utama

Ali Puteh Akur Kalah Kepada Balu Arwah Abam - "Cuma Saya Akan Buat Rayuan Kerana Ada Fakta Yang ..."

Syafiqah Jalal
18/02/2022
07:14 MYT
Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
BACA: "Saya Dah Rasa Lega Dah" - Balu Arwah Abam Menang Tuntutan Saman Fitnah Ali Puteh
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
Ali berkata, dia bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.
"Saya akur dengan keputusan yang ditetapkan hakim. Cuma saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi sebab ada beberapa fakta yang tidak betul.
"Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apakah fakta yang dimaksudkan kerana bimbang akan mengganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.
"Keputusan hari ini kalau kita tengok berpihak kepada dia tapi saya masih diberi 14 hari untuk membuat rayuan dan insha-Allah saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.
"Apa yang ditetapkan hari ini saya sangat okey dan tiada langsung rasa nak marah atau mengamuk sebab saya menghormati keputusan mahkamah," katanya.
Menurut Ali, biarpun reda dengan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya namun sedikit sebanyak ia membuatkannya sedih setelah dua tahun memperjuangkan maruah keluarga.
"Rasa sedih itu pasti ada sebab kalau nak bawa Abam dan mak ke sini mereka sudah tiada. Jadi orang hanya tertumpa kepada saya seorang yang masih ada. Kalau arwah mak dan Abam ada lagi, perkara seperti ini tidak akan terjadi.
"Cuma saya nak betulkan beberapa fakta yang mana masyarakat atau netizen yang menghentam dan mengatakan saya yang menyaman Nor Hidayah adalah tidak betul.
"Sebenarnya yang memulakan saman bukan saya. Kalau diikutkan dari awal, saman ini bermula 15 hari selepas arwah Abam meninggal dunia dan saya dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 masa itu.
"Jadi saya perlu berdepan dengan kes itu kerana sudah menerima notis untuk ke mahkamah. Dalam keadaan arwah yang baru meninggal dunia saya terpaksa cari peguam dan saya rasa perlu balas sebab masyarakat rata-rata ingat saya yang menyaman terlebih dahulu," tambahnya.
Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.
Selepas prosiding selesai, Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.
Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar