,
Laman Utama

Alha Alfa Rimas Bila Peminat Tanya Bila Nak Meminang Zara Zya - "Kadang-Kadang Tergelak Sama ..."

Amri Hassan
11/03/2022
03:55 MYT
Jurusolek selebriti terkenal Datuk Seri Alha Alfa mengakui berasa sedikit rimas apabila ada dalam kalangan peminat dan pengikut media sosialnya bertanyakan soal berkaitan hubungannya dengan pelakon Zara Zya.
Jelas Alha, 34, lebih menghiburkan apabila ada yang mengajukan pertanyaan untuk melanjutkan ke fasa hubungan lebih serius dengan dramatis berkenaan.
"Bila orang kaitkan tu, tak rasa kekok sangat tapi rasa sedikit rimas apabila ramai orang di Instagram tanya, bila saya nak meminang dia? Zara ada di mana?
"Kalau saya keluar melakukan kerja amal menghulurkan bantuan, ada yang tanya kenapa tak bawa Zara?
"Kami kadang-kadang gelak bersama bila isu ini dibangkitkan kerana kami memang kawan rapat," katanya kepada Gempak.
Alha yang ditemui pada majlis penganugerahan perlantikan profesor adjung dan memorandum persefahaman (MOU) antara Universiti Mahsa dan Alha Alfa Rich Legacy di Bandar Saujana Putra, Selangor baru-baru ini.
Dalam pada itu, tegas Alha hubungannya dengan Zara sudah terjalin sejak sekian lama hanya atas dasar persahabatan.
Malah, Alha bingung apabila dia kerap digosipkan dengan Zara sejak akhir-akhir ini.
"Saya dengan Zara dah lama kawan, semenjak dia dikenali dengan drama Love You Mr Arrogant.
"Semenjak itu, saya dah mula menyolek wajah Zara. Sehingga sekarang, kami berkawan baik. Tiba-tiba orang macam baru tahu pula yang kami berkawan," tambahnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama antara Alha Alfa Rich Legacy dan Universiti Mahsa, kata Alha kedua-dua pihak punyai perancangan untuk mewujudkan sebuah program diploma dalam bidang seni solekan dan kecantikan tidak lama lagi.
Ia bagi membantu jurusolek di Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti.
Kerjasama itu bukan melibatkan soal pendidikan semata-mata, tetapi turut membabitkan soal perkongsian kepakaran, pengalaman dan idea, di mana ia akan digunakan dalam urusan penyelidikan pembangunan produk, integrasi pelbagai bidang yang mempunyai manfaat besar kepada industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar