,
Laman Utama

Alena Murang Terkejut Harga Tiket Balik Sarawak Mahal Melampau Sebelum Krismas - "RM3,300 Pertama Kali Dalam Tempoh 30 Tahun"

Amri Hassan
24/11/2021
12:50 MYT
Penyanyi kelahiran Sarawak, Alena Murang kecewa apabila syarikat penerbangan tempatan mengambil peluang menaikkan harga tiket apabila tiba musim perayaan misalnya Hari Natal yang akan diraikan tidak lama lagi.
Berdepan situasi harga tiket penerbangan yang melambung tinggi pertama kali dalam tempoh 30 tahun, kata Alena, perkara itu menyebabkan ramai yang berduka dan terpaksa menanggung rindu bertemu saudara-mara ekoran kekangan kewangan ketika ini.
"Cuba mencari harga tiket terbaik untuk pulang ke Kuching (Sarawak) dari Kuala Lumpur untuk Krismas dan saya terkejut dengan harganya! Jika dikira termasuk add ons dan sebagainya, harganya seperti terbang ke London!
"Tolonglah cakap kenapa? Lagilah berbaloi sebenarnya untuk ke Kota Kinabalu, Langkawi dan destinasi lain ketika tempoh itu.
"Jika kalian tahu betapa sedihnya orang Sarawak yang tak dapat balik ke kampung halaman tahun lepas kerana lockdown dan tahun ini tolonglah berhati perut sikit. Umum pun sedia maklum yang Sarawak antara negeri yang paling ramai meraikan Krismas.
"Mewakili penduduk Sarawak yang menetap di luar dan yang menanggung rindu melihat ahli keluarga pulang ke kampung halaman, tolonglah turunkan harga tiket, atau sekurang-kurangnya berikan kami penjelasan yang logik," luahnya.
Alena dalam masa sama tampil menjelaskan kecaman segelintir pihak yang melabelkannya kurang faham tentang ekonomi dan permintaan semasa terutama musim perayaan.
"Kepada yang suruh saya belajar tentang ekonomi, sumber dan permintaan, saya memang major dalam ekonomi (dari salah satu daripada 5 universiti terbaik dalam bidang perniagaan).
"Saya juga belajar tentang behavioral economics yang turut meliputi bidang psikologikal, emosi dan faktor sosial terhadap ekonomi.
"Saya juga tahu harga akan naik melambung setiap kali musim perayaan, tapi saya tak pernah berdepan situasi harga setinggi RM3,300 sepanjang tempoh 30 tahun hinggalah tahun ini," tegasnya.
Hal yang dibangkitkan Alena turut mendapat perhatian beberapa rakan selebriti termasuk Marsha Milan dan Loca B.
Malah, ada yang menyarankan agar badan bertindak memandang serius akan peningkatan luar biasa harga tiket penerbangan untuk perjalanan pulang ke negeri pada musim perayaan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar