,
Laman Utama

Alena Murang Bawa Peminat 'Mengenal' Cerita Nenek Moyangnya Yang Tinggal Di Langit & Bumi

Maliah Surip
06/04/2021
06:50 MYT
Selepas album sulungnya berjudul Flight pada tahun 2016, kini penyanyi sape’ Alena Murang membawakan nada baharu di dalam album lapan track, Sky Songs.
Diinspirasikan daripada cerita-cerita nenek moyangnya yang tinggal di langit dan di bumi, album ini merupakan sebuah perjalanan melewati kosmos; sebuah lagu untuk sang pahlawan yang melihat kabus pada pagi hari pertempuran; sebuah lagu melihat awan dan mengetahui bahawa itulah masa yang terbaik untuk berhijrah; sebuah lagu meratap guruh dan sang bulan.
Alena baru-baru ini merilis dua single, Gitu’an dan Meno’, yang terdapat dalam album ini. Dalam album Sky Songs ini juga terdapat dua lagu instrumental, satu lagu dalam Bahasa Kenyah, empat lagu dalam Bahasa Kelabit, dan buat pertama kali, sebuah lagu Inggeris.
Bahasa Kenyah dan Kelabit merupakan dua bahasa yang semakin pupus di Malaysia.
Bercakap tentang pelancaran album terbaharunya, Alena berkata: “Album ini dinamakan Sky Songs kerana ia merupakan sebuah representasi nenek moyang kita dan bagaimana kehidupan kita di bumi ini amat suci.
"Ada cerita-cerita tentang kehebatan nenek moyang kita yang dahulunya tinggal di langit dan turun ke bumi melalui air terjun. Dan kini, apabila kita mendongak ke langit dan melihat kepulan awan putih, atau bintang-bintang bergemerlapan, mahupun kegelapan, ia mengingatkan kita untuk terus berpijak di bumi dan hidup sebagai sebuah komuniti dengan setiap makhluk bumi kerana kita saling memerlukan.
"Nenek moyang kita juga mempunyai hubungan istimewa dengan alam semesta, dari matahari ke langit, pokok-pokok dan kesemua hidupan. Mereka mengatakan bahawa langit itu umpama ‘kubah pelindung matahari yang besar’ dan semua hidupan di bumi hidup dibawahnya."
Menurut Alena lagi, sengaja dia melantunkan lagu tersebut dalam Bahasa Kenyah dan Kelabit.
"Ia demi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman. Bahasa itu mewakili kepelbagaian perkara yang berlaku dalam sesebuah kehidupan – termasuklah individu dan komuniti, serta persepsi kita terhadap realiti dan kehidupan.
"Maka dengan itu, album ini merupakan salah satu cara saya untuk memastikan warisan kita yang indah ini dapat dipertahankan dengan harapan agar anak-anak kita dan generasi hadapan dapat menerima dan menghargainya,” jelasnya panjang lebar.
Album fizikal Sky Songs disertakan bersama sebuah buku lirik lagu dengan terjemahan Bahasa Inggeris, cerita dan gambar-gambar tanah tinggi langit.
Penerbitan album ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Yayasan Budaya Dayak Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Alena turut terlibat dalam projek Roads To Our Heritage bersama-sama dua lagi kugiran tempatan iaitu Estranged dan Stonebay.
Mereka bermatlamat untuk membawa cerita tentang masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak, terutamanya pembuat alat muzik tradisional.
Dengan berkongsi cerita-cerita seperti yang disampaikan oleh penjaga warisan asli, mereka berharap agar usaha ini dapat meningkatkan minat orang ramai, tanpa mengira usia, di dalam dan luar negara dalam melestarikan budaya Malaysia Timur.
Anda kini boleh menempah CD dan kaset Sky Songs daripada Tandang Stores (www.tandangstore.com). Album ini akan dirilis di platform digital pada bulan Mei 2021 apabila beliau menandatangani perjanjian pengedaran dengan sebuah rekod label yang berasal dari Taiwan, Wind Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Tiket Ke Eropah Pun Tak Semahal Balik Sarawak" - Zee Avi Terpaksa Tangguh Bawa Suami Balik Kampung Jumpa Keluarga

gempak
27/11/2021
02:49 MYT
Melampau eh harga tiket flight balik Sarawak!
Laman Utama

Alena Murang Terkejut Harga Tiket Balik Sarawak Mahal Melampau Sebelum Krismas - "RM3,300 Pertama Kali Dalam Tempoh 30 Tahun"

gempak
24/11/2021
12:50 MYT
Macam pergi London!
Laman Utama

At-Adau, Alena Murang Hangatkan Rainforest World Music Festival 2021

gempak
18/06/2021
06:40 MYT
Kumpulan muzik etnik dari Sarawak, At Adau bakal menghangatkan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 yang akan berlangsung secara virtual mulai hari ini hingga Ahad.