,
Berita

Alasan Trump Arah Tentera AS Serang Syria

Syafiqah Jalal
07/04/2017
10:32 MYT
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini mengarahkan serangan ketenteraan ke atas pangkalan udara Shayrat di bawah kawalan tentera Bashar Al-Assad di Syria.
Arahan tersebut, menurut Trump, merupakan tindakan Amerika Syarikat selepas ‘segala usaha bertahun-tahun lamanya untuk mengubah sikap Bashar Al-Assad tidak berjaya.’ http://www.astroawani.com/berita-dunia/serang-syria-gabenor-homs-sifatkan-serangan-penuhi-sasaran-pengganas-138384
Alasan Amerika Syarikat, tindakan menyerang kubu tentera Syria juga kerana susulan serangan senjata kimia di bandar Idlib pada pagi Selasa lalu.
Sekurang-kurangnya 86 penduduk tempatan dilaporkan terkorban termasuk kanak-kanak dalam insiden berkenaan.
Baca: 70 Maut Serangan Bom Kimia Di Syria
Kami kongsikan fakta-fakta berkenaan serangan Amerika Syarikat atas Syria:
1) 59 Tomahawk
- Sebanyak 59 buah peluru berpandu jenis tomahawk telah dilancarkan oleh armada laut Amerika Syarikat dari kapal perang Navy Destroyer di Laut Mediterranean.
2) Sasaran
- Sasaran utama peluru berpandu terbabit termasuk landasan udara, pesawat dan stesen bahan api di pangkalan udara Shayrat.
3) Mangsa
- Setakat ini seramai empat orang tentera Syria disahkan terbunuh dan pangkalan udara Shayrat disifatkan hampir musnah selepas serangan peluru berpandu.
4) Sokongan luar
- Beberapa negara luar seperti Israel, United Kingdom, Turki dan Australia telah menyuarakan sokongan penuh terhadap serangan ke atas Syria.
5) Kenaikan harga minyak
- Menurut ramalan Syarikat Pertukaran Antarabangsa, Oanda Corporation harga minyak semasa akan meningkat sebanyak 2 peratus ekoran serangan tersebut.
Selepas dagangan lemah sebelum berita itu, niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak kepada AS$55.60 setong menjelang 0146 GMT, meningkat 72 cents, atau 1.3 peratus daripada penutup terakhirnya.
Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) meningkat 70 cents, atau 1.4 peratus kepada AS$52.40 setong.
6) Reaksi Gabenor Syria
Gabenor daerah Homs di Syria menyifatkan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat sebagai tindakan yang memenuhi matlamat kumpulan pengganas bersenjata dan militan.
"Kepimpinan Syria dan dasar Syria tidak akan berubah.
"Serangan ini bukan yang pertama dan saya percaya bukan yang terakhir," ujar gabenor Homs Talal Barazi dalam satu temubual telefon dengan stesen televisyen tempatan.
7) Kecaman Presiden Rusia
Presiden Rusia, Vladimin Putin menyelar tindakan Amerika Syarikat dengan alasan ia melanggar undang-undang antarabangsa selain menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
Jurucakap Putin, Dmitry Peskov, dipetik sebagai berkata, pemimpin Russia itu yang juga sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad, menyifatkan tindakan AS itu sebagai 'menyerang negara berdaulat' atas alasan yang direka dan cubaan sinikal memesongkan perhatian dunia daripada kematian penduduk awam Iraq.
Peskov dipetik sebagai berkata, Russia tidak percaya Syria memiliki senjata kimia dan tindakan AS akan mewujudkan halangan serius terhadap pembentukan pasukan tentera antarabangsa bagi memerangi keganasan, idea yang kerap didesak Putin.
8) Reaksi netizen
- Netizen rata-rata meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan Amerika Syarikat menyerang Syria.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Reuters, CNN, Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Gaya Hidup

Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

gempak
05/09/2024
10:21 MYT
Peninju Muay Thai popular tempatan, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
Hiburan

Donald Trump Didakwa 'Cipta' Gambar Palsu Taylor Swift Guna AI, Peminat Berang!

gempak
21/08/2024
04:55 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa membuat kenyataan palsu dengan mengaitkan penyanyi popular, Taylor Swift sebagai penyokongnya.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Temasya Belum Tamat, Warna Pingat Gangsa Dah Mula Pudar?

gempak
10/08/2024
05:50 MYT
Seorang atlet papan selaju Sukan Olimpik Paris mengkritik kualiti pingat Paris 2024 selepas pingatnya mula luntur.
Viral

Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”

gempak
06/08/2024
06:55 MYT
Sepotong video memaparkan aksi ‘catwalk’ atlet olahraga Amerika Syarikat, Anna Cockrell mencuri perhatian netizen apabila disamakan dengan wajah personaliti media sosial, Imran Bard.