,
Laman Utama

Alasan Buang ‘Pendamping', Bomoh Rogol Pelajar Empat Kali

Asyikin Mayudin
18/10/2023
12:55 MYT
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat 'pendamping' pada badan mangsa.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 50 tahun dan bekerja sebagai jurulatih Muay Thai datang ke rumah mangsa yang merupakan anak bongsu tiga beradik pada Ogos lalu bagi merawat ibu saudara mangsa yang dipercayai mengalami gangguan sihir.
Namun menurutnya, setelah melihat mangsa, suspek yang mendakwa mempunyai kepakaran dalam perubatan tradisional memberitahu kepada ibu mangsa berusia 48 tahun untuk mengubati mangsa yang kononnya terdapat 'pendamping' pada badan mangsa.
Katanya, suspek dipercayai telah membawa mangsa bersama ibu dan bapa saudara mangsa ke kawasan semak berhampiran sebuah pasar raya di Cheng bagi tujuan mengubati mangsa.
"Pada pertemuan itu suspek menyuruh ibu dan bapa saudara mangsa pergi membeli makanan dan meninggalkan mangsa bersama suspek berdua di kawasan semak.
"Ketika itu suspek didakwa merogol mangsa dan turut memberi amaran kepada mangsa agar tidak memberitahu kepada orang lain menyebabkan mangsa takut menceritakan hal itu kepada sesiapa," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Jelasnya, sejak dari itu suspek sering datang ke rumah mangsa untuk tujuan mengubati mangsa dan dalam tempoh itu juga mangsa mendakwa telah dirogol sebanyak empat kali oleh suspek di tempat berlainan.
Ujarnya, mangsa mendakwa dirogol suspek bulan Ogos hingga Oktober sebelum memberanikan diri membuat laporan polis.
Suspek ditahan polis jam 4.30 pagi pada Selasa di tempat latihan Muay Thai di kawasan Batu Berendam dan mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya lagi.
Sementara itu, Majistret Mahkamah Melaka, Khairunnisak Hasni, mengeluarkan perintah reman kepada suspek yang berasal dari Tumpat, Kelantan selama tujuh hari bermula pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Hiburan

Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu APT Milik Bruno Mars - Rose BLACKPINK

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Lagu APT nyanyian Bruno Mars dan Rose Blackpink memang sedang ‘mendunia’ saat ini.
Viral

Pelajar Malaysia Bunuh Bayi & Sumbat Dalam Kotak Bijirin Didakwa Di UK

gempak
25/10/2024
08:42 MYT
Seorang pelajar Malaysia disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, Britain atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.
Hiburan

Lagi 7 Saman Baharu Difail Ke Atas Sean 'Diddy' Combs, Ada Dakwa Telah Diserang & Dir*gol Ketika Parti

gempak
22/10/2024
04:55 MYT
Sebanyak tujuh lagi saman sivil baharu difailkan terhadap Sean "Diddy" Combs termasuk dua daripada dakwaan mengatakan mereka masih di bawah umur ketika didakwa dibius dan diserang oleh penerbit muzik ternama Hollywood itu.
Unitar