,
Laman Utama

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!

Amri Hassan
05/07/2022
10:24 MYT
Buat julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2022.
Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment.
Penganjuran yang pertama kali diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara di seluruh dunia, selain itu, fesival tersebut juga bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform yang sama.
Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan iaitu At Adau dan Tuku’ Kame’.
Alan Walker yang pertama kali bakal muncul di Sarawak itu amat popular dengan single berjudul Faded. Populariti lagu tersebut membolehkan Walker menerima sijil berlian di Jerman dan sijil multi-platinum di lebih 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK).
Sehingga kini lagu ciptaan Walker itu terus mendapat perhatian ramai dan menguasai pasaran muzik antarabangsa.
DJ Soda yang merupakan salah seorang DJ wanita yang popular di Korea Selatan bukanlah satu nama asing dalam industri muzik. Namanya cukup popular di peringkat antarabangsa dan mempunyai berjuta pengikut dalam talian.
Bagi memeriahkan lagi festival tersebut, sesiapa yang membeli tiket awal iaitu pada 6 dan 7 Julai ini berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Diskaun tersebut hanya diberikan kepada pembeli tiket pada tarikh berkenaan sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket tersebut di www.excitix.com.my2
Jangan ketinggalan untuk menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal mencatat sejarahnya yang tersendiri. Tiket Borneo Music Festival Live 2022 akan mula dijual pada pukul 12 tengah hari, 6 Julai ini seperti berikut:
PAS UNTUK 2 HARI - KEMASUKAN UMUM - Pembeli Awal (Early Bird): RM400 (diskaun 10% pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM450 Fasa 2: RM500 PAS UNTUK 2 HARI -ROCK ZONE - Pembeli Awal (Early Bird): RM680 (diskaun 10% pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM750 Fasa 2: RM800
Notis: Semua harga tiket dikenakan bayaran RM4 untuk proses yuran. Kemasukan ke festival muzik ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Borneo Music Festival Live 2022, sila ikuti Facebook: @bmfl2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.