BERITA
Alami Tekanan Hidup, The Rock Nekad Bunuh Diri
Pelakon popular Hollywood, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagi The Rock mengakui pernah mengalami tekanan hidup sehingga tekad untuk membunuh diri.
Menurut laporan Daily Mail, The Rock menjelaskan perkara itu terjadi ketika dia berusia 15 tahun.
"Ibu saya pernah memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum pergi ketengah jalan raya untuk membunuh diri setelah kami sekeluarga di halau daripada rumah.
"Namun saya menghalang ibu daripada berbuat dermikian dan disebabkan itu kami sekeluarga mempunyai depresi yang amat teruk.
"Pernah satu ketika dahulu saya menyendiri dan cuma menangis di dalam bilik akibat terlalu tertekan dengan kehidupan di sekeliling.
"Saya juga hampir melakukan tindakkan yang saya namun cuba untuk melawan penyakit depresi yang dialami dan akhirnya saya berjaya melakukkannya serta mengubah nasib keluarga," katanya.
Kini, The Rock membuktikan dia mampu bertahan sehingga berjaya mencipta nama sebagai salah seorang aktor Hollywood dengan bayaran tertinggi di dunia.
Tambah The Rock, dia menasihati orang yang mengalami masalah depresi supaya segera mendapatkan rawatan dan tidak melakukan tindakan yang mengarut sehingga membunuh diri.
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video