,
Laman Utama

Alami Pendarahan, Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat - “Allah Is The Best Planner”

Azwa Rahman
20/06/2021
04:50 MYT
Isteri kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, Zira Ayub berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran pada kandungan yang berusia tiga bulan setelah berdepan masalah pendarahan.
Menerusi laman sosial Instagram, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 33, memuat naik sebuah video menunjukkan kenangan memegang alat ujian kehamilan serta keadaannya sewaktu berada di hospital.
Tambah Zira, perkongsian itu juga dibuat bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada Sabtu.
“Antara birthday yang menjadi memori. Ingat tambah lagi family member tapi takde rezeki pulak. Insyallah ada rezeki lain kali, kita kena cuba lagi @nabil.zira.
“Allah is the planner. Love you so much daddy mika babyna mishall and friends too for sending me macam-macam. Guys, thanks,” tulis Zira di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 24 saat itu, Zira turut berkongsi momen mereka sekeluarga menyambut hari jadinya di rumah serta kad ucapan yang dibuat khas oleh anak-anaknya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan kata-kata positif dan semangat buat Zira.
Malah, ia turut dihujani dengan ucapan selamat hari lahir buat Zira.
Happy birthday Zira. Insyallah nanti ada rezeki lagi tu,” komen seorang wargamaya.
Insyallah ada rezeki yang lebih baik menanti. Selamat hari lahir Zira,” ucap seorang wargamaya.
Selagi boleh mengandung, mengandunglah. Saya ni kalau boleh nak mengandung lagi tapi tak boleh dah,” luah seorang wargamaya.
Happy bornday kak Zira. Insyallah semoga akak dan keluarga dimurahkan rezeki lagi lepas ni. Be strong mummy,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Zira mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 30 September 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, 9, Leyla Medina, 6, serta Mishall Imani, 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Hiburan

Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

gempak
10/07/2024
02:55 MYT
Pernah hilang sumber pendapatan disebabkan terpalit kontroversi, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan rakan sepejuangannya iaitu Shuib pernah meminjamkan wang sehingga RM10,000 kepadanya.