Hiburan

Alami Pendarahan Di Usia Kandungan 30 Minggu, Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pra Matang - “Kalau Dia Keluar, Mungkin Tak Boleh Survive…”

gempak
Asyikin Mayudin
07/12/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Alami Pendarahan Di Usia Kandungan 30 Minggu, Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pra Matang - “Kalau Dia Keluar, Mungkin Tak Boleh Survive…”
Bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal berkongsi detik cemas dia hampir melahirkan bayi pra matang ketika usia kandungannya baru mencecah 30 minggu.

Alami pendarahan

Syasya menerusi video yang dikongsikan di TikTok berkata dia bergegas ke hospital selepas mengalami pendarahan dan kontraksi juga dirasai selang 10 minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal ‘Like’ Komen Pengikut Teka Sedang Berbadan Dua?

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

“Saya ada pengalaman… waktu benda itu berlaku saya baru mengandung 30 minggu dan saya hampir nak beranak pra matang. Masa kejadian itu berlaku, saya dan suami tengah kemas barang baby.

“Macam biasa, macam hari yang biasa. Kemudian saya rasa basah, bila saya sedar ada darah tapi tak sakit pun. Saya macam fikir ‘ini normal ke?’. Waktu itu pukul 12 malam dan terus pergi ke hospital.

“Saya dah ada rasa kontraksi, selang 10 minit dah rasa kontraksi itu. Doktor macam agak risau. Pagi itu doktor datang cakap kemungkinan saya akan bersalin dua hari lagi atau esok,” kongsinya.

Bayi pra matang

Berat bayi dalam kandungan baru cecah 1.3 kilogram ketika itu, Syasya mengakui dia berasa sedih kerana bimbang sekirannya anaknya lahir dalam keadaan pra matang.
“Saya agak terkejut sebab baby baru 30 minggu dan berat baby waktu itu pun masih dalam 1.3 KG. Doktor kata kalau terberanak, baby kena masuk NICU.

“Waktu itu saya macam sedih sangat sebab saya takut apa-apa berlaku. Kalau dia lahir waktu itu akan jadi pra matang. Kalau kontraksi pun makin kerap berlaku, baby akan terpaksa dilahirkan.

“Jadi, terpaksalah saya duduk dekat labor room dalam empat hari tak silap saya untuk doktor pantau dan nak periksa jantung baby, “ ujarnya lagi.
Sentiasa berdoa dan bercakap dengan bayinya dalam perut, Syasya bagaimanapun berasa lega apabila doktor membenarkan dia pulang dan kandungannya kini dalam keadaan baik.

Sentiasa berdoa

“Masa itu saya tak fikir banyak, saya cuma doa dekat Allah supaya baby saya tak keluar lagi. Sebab kalau dia keluar mungkin dia tak boleh survive dekat dunia luar, saya harap dia boleh tunggu sampai waktu sepatutnya dia keluar.

“Setiap kali kontraksi datang dan saya dekat labor room tak buat apa, saya akan baca doa Nabi Yunus tak henti-henti. Saya rajin cakap dengan baby dalam perut… ulang-ulang saya cakap dengan baby sambil usap perut.

“Lepas itu, doktor benarkan saya balik tapi masih kena makan ubat sebab saya masih ada pendarahan dan tak tahu pendarahan itu datang dari mana. Bila dah datang untuk pemeriksaan semula, Alhamdulillah semuanya dah okay, tak ada pendarahan,” katanya.
Pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. Hal itu, susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial.
@syasya.rzl
Hope everything goes well till D-Day amin ??? Any tips untuk permudahkan proses bersalin ?
♬ sonido original - SONIDOS LARGOS
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024