,
Laman Utama

Alami Masalah Pendengaran, Ella Guna Hearing Aid! - "Ingatkan Telinga Saya Okey"

Amri Hassan
05/11/2023
11:22 MYT
Ratu rock negara, Ella, mengakui berhadapan dengan masalah pendengaran dan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang kepada 70 peratus manakala sebelah kanan hanya tinggal 80 peratus.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Aminuddin, 57, berkata, dia tidak mengetahui masalah itu ketika menjalani pemeriksaan telinga di Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC) dan mengambil pendekatan untuk terus menggunakan alat bantuan pendengaran.
"Ingatkan telinga saya okay. Tetapi selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang kepada 70 peratus manakala sebelah kana hanya tinggal 80 peratus daripada bacaan 200 peratus.
"Selepas itu, saya mendapat bantuan GHCC dan saya menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha. Syukur, Alhamdulillah, kini masalah saya dapat diselesaikan," katanya.
Ella ditemui ketika Program Komuniti Global Hearing Care Centre anjuran GHCC di Pavillion Bukit Jalil, pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Muncul Video Tak Senonoh, Ella Maklum Facebook Digodam - "Sedih Saya Tau..."

Global Hearing Care Centre (GHCC), dengan Kerjasama ratu rock negara, Ella dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan sebuah program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta kelancaran pertuturan disetiap peringkat usia.
Program yang dinamakan “Ke arah pendengaran dan pertuturan yang lebih baik” ini turut sama menyaksikan perasmian kolaborasi diantara Global Hearing Care Centre Malaysia dan ratu rock negara, Ella iaitu edisi ekslusif alat bantu dengar jenama Bernafon Alpha “RockQueen x GHCC”.
Pengarah Pemasaran dan Operasi Global Hearing Care Centre, Lyn Ooi berkata, kehadiran Ella sebagai duta mewakili GHCC dapat memberi kesedaran agar menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan pendengaran selain memupuk sikap ambil tahu tahap pendengaran mereka dengan lebih awal melalui sesi saringan pendengaran yang dikendalikan oleh barisan audiologis di Global Hearing Care Centre Malaysia.
"Pendedahan tentang pentingnya penjagaan pendengaran seeloknya bermula dari usia kanak-kanak lagi dalam kalangan ibubapa. Orang ramai juga diharap tidak menganggap masalah pendengaran cuma akan terjadi seiring dengan peningkatan usia.
"Pihak GHCC amat berbesar hati kerana Ella yang telah didiagnosis mempunyai masalah pendengaran sudi bekerjasama dengan kami dalam menyebarkan kesedaran tentang isu ini sekaligus mempromosikan pemakaian alat bantu dengar edisi terhad Bernafon Alpha “RockQueen x GHCC” yang turut digunakan dalam aktiviti seharian Ella," ujarnya.
Tambah Lyn Ooi, dengan setiap pembelian alat Bernafon Alpha , pelanggan berpeluang menerima kotak edisi khas eksklusif RockQueen x GHCC.

PILIHAN PEMBACA: Hampir 'Pekak', Zee Avi Pakai Alat Bantuan Pendengaran 13 Jam Sehari - "Bila Tak Pakai Rasa...

BERITA TRENDING: “Satu-Satunya Girl Yang Gedik Aku Boleh Terima” - Netizen Tak Meluat, Suka Gedik Manja Ella

Better Hearing Fund

Dalam pada itu, GHCC bakal berkolaborasi bersama kementerian Pendidikan Malaysia bahagian pendidikan khas melalui projek “Better Hearing Fund’ kepada pelajar pelajar yang memerlukan alat bantu pendengaran.
Dengan pemberian alat bantu pendengaran akan memberi impak yang maksima dalam pembelajaran pelajar untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Selain reruai saringan pendengaran, terdapat juga reruai yang menyediakan khidmat pemeriksaan telinga, fisioterapi, pemerikasaan kesihatan umum, konsultasi kesihatan mental serta pelbagai aktiviti permainan untuk kanak-kanak.
Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2050, terdapat 700 juta individu bersamaan nisbah 1 kepada 10 individu masyarakat mempunyai masalah pendengaran dan memerlukan intervensi awal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar