,
Laman Utama

Alami Alahan Kehamilan Teruk, Syatilla Melvin Serabut Dengan Rumah Sendiri, Sampai Kena Check-In Hotel

Izwan Isa
20/01/2022
02:50 MYT
Pelakon dan usahawan popular, Syatilla Melvin mengakui kini lebih berhati-hati dalam mengelolakan rutin harian dan hal ehwal bisnes selepas usia kandungannya kini sudah memasuki bulan kelima.
Hal ini kerana, jika diselak kembali sejarah kehamilannya, wanita berusia 31 tahun itu pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali sejak mendirikan rumah tangga bersama aktor berbakat besar, Shaheizy Sam
“Memang hal berkaitan keguguran itu selalu bermain di fikiran. Saya yakin yang perkara ini tidak hanya menjadi igauan saya, malah ibu-ibu lain yang pernah melalui hal yang serupa sebelum ini. Justeru, selepas diberikan rezeki hamil lagi, saya selalu berdoa agar kehamilan pada kali ini dipermudahkan.
“Saya turut berkongsi perasaan bimbang dan takut dengan Sam. Tetapi apa pun, kita kena berbalik pada cara kita berfikir. Apa-apa jadi pada saya, jujurnya saya tidak kisah. Namun, apa yang penting adalah keselamatan anak kami,” katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Syatilla yang juga bekas peserta Dewi Remaja itu juga ada menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang lakonan. Tetapi, disebabkan alahan yang dialami, niat untuk kembali beraksi di hadapan kamera terpaksa dilupakan sebentar.
“Saya memang nak kembali berlakon, siap cakap dengan Sam. Pernah juga saya terima satu tawaran drama bersiri untuk terbitan Astro. Sekali termengandung pula… Jadi memang tidak boleh buat apa-apa,” tuturnya.
Melanjutkan bicara, Syatilla menjelaskan, dia mengalami alahan yang agak teruk sehingga terpaksa tinggal di hotel kerana rimas dengan keadaan di rumah sendiri pada awal kehamilan.
“Saya terpaksa ‘check in’ hotel sebab memang tak boleh bau rumah. Rasa macam ‘serabut’, anxiety… Saya sendiri pun tak pasti bagaimana nak jelaskan perasaan itu. Hanya orang yang lalui sahaja akan lebih faham.
“Bagaimanapun, alhamdulillah bila masuk trimester kedua, alahan semakin berkurangan. Saya dan suami tak kisah soal jantina bayi, asalkan dia nanti sihat sempurna. Kami sudah ada sepasang, jadi Allah nak bagi lagi rezeki zuriat kami terima,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.