Hiburan
“Alamak Kanda I Tersembam” – Peminat Seronok Tengok Gelagat Remy Ishak Menari Tarian Buluh Sabah
Gelagat juri tetap Maharaja Lawak Mega 2018, Remy Ishak ketika mencuba tarian Magunatip atau lebih dikenali dengan tarian buluh Sabah sememangnya mencuit hati peminat.
Remy menerusi akaun Instagramnya berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya melakukan tarian tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah gaya Remy yang lucu dengan muka bersungguh-sungguh ketika mencuba tarian buluh itu.
Namun ketika sedang asyik menari dan mengikuti rentak lagu tarian itu, Remy tidak dapat mengawal badannya sebelum terjatuh kerana kakinya hampir dikepit buluh berkenaan.
Bagaimanapun menyedari kesilapannya, Remy pantas bangun dan ketawa dengan kejadian yang berlaku itu.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mengusik Remy tentang insiden itu selain meminta pelakon itu berhati-hati.
Dalam perkembangan lain, kini masih lagi berada di negeri Sabah.
Foto: Instagram @remyishak
Must-Watch Video