,
Laman Utama

Alamak! Ada Pelanggan Termakan Kek Najis Lembu! Walaupun Tujuan Produk Untuk...

Asraf Aided
24/01/2021
06:31 MYT
Najis lembu sememangnya digunakan secara meluas di negara India bagi tujuan memanaskan rumah dan keagamaan.
Oleh itu, penjualan kek najis lembu atau cow dung cake agak popular di beberapa laman web jualan online.
Baru-baru ini, seorang pelanggan di laman web jualan Amazon mencuri perhatian ramai apabila meninggalkan komen dia telah memakan produk tersebut. Malah, individu berkenaan juga menyarankan pihak penjual untuk mementingkan aspek kebersihan ketika menghasilkan produk itu kerana mendakwa rasanya sangat teruk.
"Apabila saya makan, rasanya sangat teruk, ia seperti berumput dan lumpur, sila pentingkan aspek kebersihan ketika menghasilkannya," tulisnya.
Dalam pada itu, individu tersebut juga meminta pihak penjual untuk mementingkan kerangupan dan rasa produk itu walaupun sebenarya, laman web berkenaan telahpun menulis produk itu adalah untuk kegunaan keagamaan.
"Selain itu, sila beri perhatian kepada aspek rasa dan kerangupan produk ini," tulisnya lagi.
Kek najis lembu diperbuat menggunakan najis lembu dan rumput lalu dikeringkan di bawah sinaran matahari. Ia selalunya dibuat oleh golongan wanita yang tinggal di kawasan pedalaman negara itu.
Sumber : indiatimes.com Kredit Foto : mashable.com & timesnownews.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tular! Bekas Kencing Dijadikan Alat Dapur & Hadiah Perkahwinan!

gempak
26/02/2021
05:50 MYT
Tidak lama selepas isu viral pelanggan memakan kek najis lembu yang dijual di laman web Amazon, kali ini tular pula mangkuk atau bekas kencing  yang dijual sebagai peralatan dapur di laman web itu.
Artis

Perjalanan Elon Musk dari Cleaning Service Jadi Orang Terkaya nomor 1 Sejagat Raya

gempak
08/01/2021
08:49 MYT
Laman Utama

Peminat Protes! Lord Of The Rings Akan Tampilkan Babak Seksual?

gempak
09/10/2020
03:25 MYT
Hiburan

Kebakaran Hutan Amazon, Leonardo DiCaprio Derma RM21 Juta!

gempak
27/08/2019
08:37 MYT