,
Berita

Akur ‘Permintaan’ Netizen, MOM Tambah Baik Reka Bentuk Pakaian Rasmi Kontijen Negara Sempena Sukan Olimpik Paris 2024

Gempak
28/06/2024
07:34 MYT
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menambah baik reka bentuk sedia ada bagi melambangkan motif harimau pada jaket rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala logo MOM dan Jalur Gemilang kembali kepada warna asal.
Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, badan induk itu akan berbincang dengan penaja pakaian rasmi kontinjen, Yonex Sunrise, untuk penambahbaikan reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.

Reka bentuk

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan peminat sukan tanah air, yang tidak memberikan respons positif terhadap rekaan berkenaan.
"Sesungguhnya MOM mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang taruh dan peminat sukan secara umumnya yang mengambil berat terhadap majlis pelancaran dan reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 dengan memberi teguran dan pandangan membina.
"Kami juga menghargai prinsip KBS dan agensi kerajaan lain yang menghormati kedudukan MOM sebagai badan payung persatuan sukan kebangsaan yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Semangat Merdeka Jagoan Sukan Jojo Ghazali, Lego Sam, Iman Hakim & Sharul Aimy!

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jadi Cameo Dalam Drama, Sharul Aimy Tak Tolak Terjun Ke Bidang Seni, Tapi…

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Sombong & Tak Layan Peminat Secara Sama Rata, Ini Respons Sharul Aimy

ARTIKEL BERKAITAN: Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan

ARTIKEL BERKAITAN: “Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?

Mohamad Norza berharap seluruh rakyat bersama-sama mendoakan kejayaan atlet negara ke temasya empat tahun sekali itu sebagaimana kesungguhan yang ditunjukkan dalam memberi pandangan terhadap rekaan jaket rasmi kontinjen Malaysia.
Beliau berkata, badan induk itu akan mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekeliruan yang berlaku sebagai badan menguruskan pendaftaran dan penyertaan atlet, jurulatih dan pegawai di temasya berkenaan.
"Niat asal pasukan memaparkan corak dan reka bentuk untuk jaket yang dilancarkan bertemakan warna emas digabungkan dengan hitam berserta logo MOM berwarna emas dianggap menjadi simbol paling tepat mencerminkan aspirasi Kontinjen Malaysia membawa pulang emas pertama.
"Versi emas logo MOM yang menggabungkan kibaran bendera negara dan lima gegelung itu menepati garis panduan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa)," katanya.
Bagi menjawab isu berhubung logo MOM yang memaparkan bendera Malaysia sedang berkibar, beliau berkata, ia adalah sebahagian logo MOM merangkumi kibaran bendera Malaysia bersama lima gegelung Olimpik.
"Ia bukanlah bendera Malaysia atau Jalur Gemilang yang dipinda atau diubah suai sesuka hati. Apabila digunakan dalam versi lima warna atau polychrome, warna lima gegelung itu ialah dari kiri ke kanan, biru, kuning, hitam, hijau dan merah. Biru, hitam dan merah di sebelah atas, manakala kuning dan hijau di sebelah bawah. Versi lima warna hanya boleh digunakan pada latar belakang putih mengikut syarat IOC.

"Andai latar belakang itu adalah selain daripada putih, versi monokrom atau satu warna mesti digunakan. Sebagai contoh jika latar belakang hitam, logonya hendaklah digunakan dengan warna kontra satu warna sahaja seperti putih, kuning atau biru," katanya.

Mohamad Norza turut memaklumkan MOM telah bersama Yonex sebagai penaja pakaian rasmi Kontinjen Malaysia sejak 2014, selain berkata corak dan reka bentuk serta motif pakaian dikeluarkan setiap kitaran baharu penajaan MOM kebiasaannya bermula daripada Sukan SEA dan berakhir di Sukan Olimpik seperti rekaan baju Sukan SEA 2017 dipakai sehingga Olimpik Tokyo 2020.
"MOM menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk pandangan atlet yang berpendapat motif dan reka bentuk untuk penyertaan di temasya berprestij seperti Sukan Olimpik yang menjadi pentas tertinggi penampilan atlet negara, memerlukan pembaharuan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia akan melalui kitaran baharu bermula dengan Sukan SEA di Thailand pada 2025 hingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan berupa baju berkolar, baju T dan jaket diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik sebelum ini telah diperkenalkan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Bagaimanapun, rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.