HIBURAN
Akui Sedikit Kecil Hati Dengan Netizen, Aina Abdul Enggan Larut Dalam Kesedihan - “Mereka Kecam Saya Seolah-Olah…”
Bertubi-tubi menerima kecaman selepas AJL39, penyanyi Aina Abdul mengakui sedikit berasa kecil hati dengan netizen yang seolah-olah menutup mata terhadap kualiti persembahannya.
Karya jujur
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata dia tidak pernah mahu mencari perhatian atau menunjuk-nunjuk sebaliknya berniat hanya ingin menyampaikan karya dengan jujur.
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA24: Gugur Air Mata Aina Abdul Kerana Peminat - "Sebak, Tak Tahu Kenapa…"
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA24: Duet Aina Abdul & Fabio Asher Beri Magis! Cinta Tak Pernah Tepat Waktu Dinobat Lagu/Audio Tergempak
ARTIKEL BERKAITAN: Melinda Looi Dedah Guna 15 Teknik Siapkan Busana ‘Jantung’ Aina Abdul - “Mata, Mulut, Hidung Di Baju Itu Adalah Milik Aina”
“Ada sikit merajuk, tapi tidaklah sampai terlalu kecewa. Saya manusia biasa, jadi bila usaha diberikan sepenuh hati tetapi tetap tidak dihargai, sedikit sebanyak terasa juga.
“Netizen kecam saya seolah-olah saya tidak memberikan kualiti pada persembahan AJL tempoh hari. Saya merasakan macam di AJL itu mereka (netizen) tidak lagi melihat kualiti. Ini bagi saya la, saya bukan bercakap bagi pihak orang lain.
“Melihat bagaimana netizen melayan saya sebegini, memang kecil hati. Saya cuma ada satu matlamat, iaitu mahu berlaku jujur dalam berkarya. Itu yang saya cuba tonjolkan. Bukan mahu menunjuk atau ‘show off’, tetapi demi lagu dan seni,” katanya kepada Gempak.
Tidak terkesan
Tidak dapat lari daripada tempias negativiti, penyanyi lagu Puas Sudah itu tetap memilih untuk tidak terkesan dengan kecaman yang boleh menggugat emosinya.
“Mental saya? Alhamdulillah, masih kuat untuk menghadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah langsung selepas AJL.
“Bukan sebab lemah atau takut, tetapi saya rasa lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing di rumah. Itu lebih penting daripada sibuk membaca komen negatif.
“Tapi tak boleh lari, benda negatif tetap akan sampai. Walaupun saya cuba elak, pasti ada yang datang melaporkan pada saya. Tapi saya faham, semua orang bebas bercakap apa sahaja,” ujarnya.
Tanggungjawab
Mengulas tentang kesan kecaman terhadap dirinya, Aina enggan terus larut dalam kesedihan kerana masih banyak tanggungjawab perlu digalas.
“Saya nak terus kekal berpijak di bumi nyata dan fokus pada kerja kerana masih banyak perkara perlu diselesaikan.
“Kalau saya biarkan emosi merajuk terlalu lama, mungkin saya tidak akan kembali. Tapi saya tak boleh macam itu, saya ada pasukan, syarikat produksi dan banyak perancangan yang perlu diuruskan.
“Saya di sini untuk terus berkarya. Yang menghargai seni saya, saya buat untuk mereka,” dedahnya.
Terdahulu, Aina menjadi sasaran kecaman hebat termasuk buli siber dan ‘face shaming’ selepas persembahan di AJL39.
Segelintir netizen seolah-olah tidak menghargai bakatnya malah ada yang bersorak gembira ketika dia gagal membawa pulang hadiah utama pada pertandingan malam tersebut
Must-Watch Video