,
Laman Utama

“Aku Yakin Allah Maha Mengadili” - Wanita Sebak Anak Angkat Dirampas Ibu Kandung Lepas 13 Tahun Bersama

Gempak
17/12/2023
06:55 MYT

Tular di Platform X tentang seorang ibu meluahkan rasa sedih selepas anak angkatnya yang dijaga dari kecil dirampas oleh ibu kandung remaja itu sendiri.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, wanita itu melafazkan rasa sebak berkaitan anak angkatnya (Uzma) yang dirampas oleh ibu kandung sendiri setelah 13 tahun membesar bersama keluarga angkat.

BERITA TRENDING: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih, Dia Boleh Tengok Sahaja…” - Bapa

“Bayangkan 13 tahun dia dengan kami, tak pernah dengan ibu kandung, kalau ibu kandung cakap dari kecil nak ambil, kenapa dari dulu tak beritahu.

“Dia minta aku jaga, yang mana aku tak pernah dedahkan. Aku takkan lupa kali pertama kau minta bantuan aku, tapi aku yakin, Allah Maha Mengadili apa pun yang terjadi,” tulis wanita itu.Perkongsian itu turut meraih perhatian netizen di mana majoriti menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikap ibu kandung remaja tersebut.
“Kalau aku pun aku tak bagi. Dah jaga elok-elok dari kecik. Sihat tubuh badan. Dah besar baru ada akal nak ambil. Mentang dah besar senang jaga. Asal awal-awal dulu taknak ambil?,”
“Sejenis mak yang tak guna! Dia ingat budak tu tak terkesan ke? Dia ingat lepas dia ambil balik, budak tu akan suka dia?,”
“Orang tu dah jaga elok anak kau, datang kau tarik-tarik budak tu macam tu. Ibu jenis apa sanggup buat anak macam tu.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat lebih 800,000 tontonan dan 4,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.