,
Berita

“Aku Tinggalkan Kerana Allah…”- Hazeman Huzir Tidak Lagi Bersama Motif Viral

Syafiqah Jalal
13/03/2020
07:17 MYT
Pengacara Hazeman Huzir atau dikenali sebagai Haze mengesahkan dia tidak lagi bersama program Motif Viral.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Haze menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Haze, program itu banyak mengajarnya dari hal dunia hingga ke akhirat.
“Selamat Tinggal Motif Viral.
“Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat.
“Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih.
“Aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar bertuhan,” tulisnya.
Haze memuat naik foto bersama tiga lagi pengacara lain iaitu Shalma Aina, Syafa Nisa dan Pink Azwan.
Tidak menjelaskan sebab mengapa dia meninggalkan program tersebut, namun Haze memberitahu semua perkara dilakukan olehnya hanya kerana Allah.
“Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati:
“Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia.
“Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah.
“Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It's time that I do me. Assalamualaikum,” katanya lagi.
Motif Viral merupakan sebuah program yang merungkai perkara pelik dan viral yang terjadi di Malaysia.

Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat. Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih. Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan. Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama. Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official @putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab. Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu. Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah. Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai. Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian. Dan terakhirnya pesanan kepada sahabat sehidup semati, host @shalmaainaa @nnisa.mo @pinkazwan. Dan Team belakang tabir @eedavogue @hazwanyahya (ramai lagi tak dan nak sebut jangan kecik hati tau ada max nak type kat caption ni) Persahabatan kita, kekalkan. Andai tidak nampak aku di syurga, tarikkan. Yang pasti kita tidak akan putus. Hidup kita bersulam kerana MV. Kekalkan ke Jannah. Insyallah. Kepada penonton MV, aku yang hari ini kerana doa anda. Doakan pula aku istiqamah. Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati: Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia. Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah. Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It's time that I do me. Assalamualaikum.

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Content Creator Suka Buat Benda Viral Adalah Golongan Pemalas!" - Hazeman Huzir

gempak
13/06/2022
02:50 MYT
Orang malas nak fikir, asalkan viral!
Laman Utama

Perlu Dana RM1.2 Juta! Nadzmi Adhwa, Farah Lee, Haze Antara 7 Ikon Ke Afrika Timur Bantu Komuniti Muslim

gempak
11/06/2022
11:17 MYT
Mereka terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang media sosial iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Nadzmi Adhwa, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan juga personaliti korporat iaitu Aiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.
Laman Utama

Bendera Putih, Ramai Setuju Pandangan Haze - “Minta Maaf, Jangan Menunggang Inisiatif Yang Asalnya Neutral Dan Good-Intentioned”

gempak
30/06/2021
06:20 MYT
Ramai setuju, bagus penjelasan Haze ni, clean and clear.
Hiburan

“Kalau Taknak Bayi, Boleh Mesej Saya. Bagi Sini Bayi Tu” - Hazeman Huzir Kesal Gadis Terlanjur Buang Anak

gempak
18/05/2020
07:27 MYT
Hiburan

The Skies In Indonesia Turned Blood Red Last Weekend And It Looks Like A Nightmare

gempak
27/09/2019
14:08 MYT