Hiburan
“Aku Mati Pun Tak Apa Tapi Anak Jangan Sentuh” - Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Ugutan Berbaur...
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan dan ancaman yang diterimanya menerusi laman media sosial, Instagram.
Laporan dibuat di Balai Polis Taman Melawati, Selangor sebentar tadi.
Menurut Syamsul, ugutan diterima kali ini amat melampau apabila ia berbaur ancaman dan membabitkan keselamatan isteri, Puteri Sarah dan dua anaknya.
“Belum reda kes YouTube haritu, timbul lagi kes saya menerima ugutan. Sebenarnya sebagai selebriti ugutan ini sudah biasa. Menerima komen negatif dan kata-kata ugutan biasa itu juga saya pernah terima.
“Tapi ini melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada direct messege (DM) bernama Velvetblackkl.
“Saya tak pasti hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya sedar mesej tersebut. Tak tahu agenda dia sama ada dia musuh atau tidak. Tetapi benda itu sudah melampau hingga mahu melakukan teknik ‘superimpose’ bagi menjatuhkan kerjaya saya, sebab itu saya ambil tindakan ini,” katanya.
Menurut Syamsul lagi, dia juga nekad untuk meninggalkan sifat ‘Mr Nice Guy’ kerana ugutan tersebut amat melampau dan membabitnya nyawa.
“Sejak masalah rumah tangga menjadi perhatian, tiba-tiba perkara begini berlaku pula. Makin menjadi-jadi sehingga ada yang berani mengugut saya.
“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugutan ini kepada saya.
“Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.
“Tak perlu melibatkan anak dan isteri saya. Biar saya mati pun tak apa, jangan sentuh anak saya,” katanya.
Tambahnya lagi, dia juga tidak mahu menuduh mana-mana pihak sekiranya masih tiada bukti kukuh.
“Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini.
“Namun, kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur ugutan dan ancaman. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu dinyaktifkan,” katanya.
Syamsul berkata demikian pada sidang media berhampiran Balai Polis Taman Titiwangsa selepas selesai membuat laporan polis kira-kira jam 5 petang, hari ini.
Pada sidang media tersebut, Syamsul turut ditemani peguam Tentuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
Must-Watch Video