,
Hiburan

“Aku Keluar Atas Dasar Kasihan…” - Zarina Anjoulie Nasihat Wanita Jangan Buang Masa Bercinta Dengan Lelaki Tidak Setaraf

Ainun
28/10/2024
14:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie menasihati para wanita di luar sana agar tidak membuang masa dalam menjalani hubungan percintaan dengan seorang lelaki yang tidak sama taraf.
Menerusi video berdurasi satu minit 28 saat itu, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju menegaskan supaya wanita tidak merendahkan martabat mereka demi seorang lelaki yang berwajah biasa dan tidak berkerjaya.
Jelasnya, golongan lelaki seperti itu hanya ingin menggunakan wanita yang berkerjaya demi kepentingan hidup mereka.

“Jangan buang masa anda semua lagi-lagi perempuan di luar sana. Jangan sesekali bercinta dengan lelaki yang taraf lebih rendah dari kita terutama sekali yang berwajah buruk. Jangan bercinta atas dasar kasihan dia buruk dan tidak bekerja.

“Jangan buang masa dengan mereka sebab mereka akan menggunakan anda semua atas dasar kepentingan diri sendiri,” katanya.
Pada masa yang sama, Anju turut menyatakan bahawa golongan tersebut tidak akan menghargai pengorbanan seorang wanita dalam hubungan percintaan.
Tambahnya lagi, golongan tersebut melihat ini sebagai peluang untuk manipulasi perasaan seorang wanita meskipun mereka tidak layak memperlakukan seperti itu.
“Mereka tidak akan rasa bersyukur dengan kita. Anda semua tahu tak apa yang mereka akan lakukan, mereka akan berfikir perempuan ini sudah pandangan aku, mungkin aku boleh cari seseorang yang lebih baik dari ini.

“Jadi, mereka akan gunakan kebaikan kita. Kalau anda semua ingat bercinta dengan lelaki buruk, mereka tidak akan memainkan perasaan anda semua, itu adalah perkara yang paling sakit sebab kena tipu dengan mereka.

“Aku keluar dengan kau atas dasar kasihan sebab kau buruk, kau gemuk, tetapi kau mempermainkan jiwa aku,” jelasnya.
Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan supaya tidak menjalinkan hubungan dengan golongan tersebut dan sebaliknya mencari lelaki yang setaraf dengan kedudukan kerjaya seorang wanita.
“Dengarlah cakap saya. Saya sudah kena banyak kali. Jadi, bercintalah dengan lelaki yang sama taraf dengan anda semua,” ulasnya.

BERITA TRENDING: Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

BERITA TRENDING: Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?

BERITA TRENDING: Musim Artis Cerai Buat Azhar Sulaiman Rasa Takut - “2024 Tahun Yang Buruk Kepada Ramai Pasangan Yang…”

BERITA TRENDING: Geram Lihat Gaya Selebriti Lelaki Hadir Majlis Anugerah, Che Ta Hanya Bagi Komen Atas Dasar Artis - “You Go Vas Or You Go Home!"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Berita

Lelaki Myanmar Mengaku Bersalah Korek Mata Mangsa Hingga Cacat Kekal

gempak
22/11/2024
09:25 MYT
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki sehingga mengalami kecacatan kekal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, Sabtu lalu.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Unitar