,
Hiburan

"Aku Jaga Macam Bayi, Tapi Ini Takdir Ilahi"- Penyanyi Zarith Sofia Tampil Mohon Maaf

Hanafis Haris
09/06/2019
07:01 MYT
Penyanyi Zarith Sofia Yasin yang ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari, tampil membuat permohonan maaf.
Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat menerusi Instagramnya yang dimuat naik sebentar tadi.
Menurut Zarith, tidak terdetik di hatinya untuk menyakiti haiwan berkenaan sebaliknya niat sebenar hanyalah untuk melindungi.
"Tapi ini takdir Ilahi, takpe bruno , kita pasti berjumpa lagi," katanya.
Jelasnya lagi, dia bukanlah seorang yang senang untuk bangun pagi, namun kerana beruang berkenaan, dia menjaganya seperti bayi.
"Aku bukan jenis bangun pagi, ke kelab malam cari rezeki tapi kerana kau, aku jaga macam bayi.
"Buat rakyat Malaysia yang dihormati terima kasih atas segala teguran yang diberi. Saya pohon sepuluh jari maaf kan lah kekhilafan saya ini," katanya.
Terdahulu Zarith ditahan di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam pihak Perhilitan membuat pemeriksaan di rumahnya.
Zarith kemudian disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
BACA: Penyanyi Ditahan Kerana Simpan Anak Beruang Matahari? Alamak Siapa Tu?

Tidak terdetik di hati untuk menyakiti , niat di hati nak melindungi tapi ini takdir ilahi takpe bruno , kita pasti berjumpa lagi ?? . . . . Aku bukan jenis bangun pagi Ke kelab malam cari rezeki tapi kerana kau, aku jaga macam bayi skali lagi ini takdir ilahi semoga bruno di rahmati ?? . . . Buat rakyat Malaysia yang dihormati terima kasih atas segala teguran yang diberi.. harap saya dapat memperbaiki diri Moga lebih berhati-hati . . . . ini juga takdir ilahi kerana saya insan sedar diri dan juga dengan rendah diri Saya pohon sepuluh jari maaf kan lah kekhilafan saya ini. . . . #prayforbruno #prayforloveandpeace #oohhpiaa #luff #peace #respect #behumble #bekind #begood #stayhumble #frankolandmanagement #mummybear #bruno #bearbruno #staylow #forgivemeplease

A post shared by Cik Pia (Zarith Sofia Yasin) (@oohhpiaa) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.