,
Hiburan

"Aku Jadi Sayu Mengenang Betapa Lama Aku Hanyut Dek Khilaf..." - Luahan Perasaan Nazim Othman Ketika Shooting Di...

Badrul Hashim
26/03/2019
09:58 MYT
Allah SWT memberikan hidayah pada seseorang dalam pelbagai bentuk dan cara yang mungkin tidak terfikir dek akal sendiri. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menerima atau tidak hidayah tersebut.
Itulah yang diceritakan oleh Nazim Othman ketika dia melakukan penggambaran di sebuah kawasan tanah perkuburan.
"Hari ni ada shooting kat kubur. Masa kereta aku masuk ke perkarangan kawasan perkuburan, mulut aku dah terkumat-kamit sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang dah pergi dulu.
"Sepanjang kat kawasan kubur tadi, aku tak banyak bercakap kecuali bila perlu je, sebab dalam hati masih tak berhenti membaca Al-Fatihah, sambil mata aku memandang ke semua kubur yang ada kat situ.
"Aku jadi sayu mengenang betapa lama aku hanyut dek khilaf. Aku pun tak tau macam mana nak luahkan perasaan yang datang tadi. Aku cuma boleh rasa Allah cuba menyampaikan sesuatu pada aku.
"Dijentiknya hati ini hingga jadi sebak, sampai sekarang aku masih cuba pujuk diri... kalau nak menangis, menangislah dalam doa lepas solat.

Hari ni ada shooting kat kubur. Masa kereta aku masuk ke perkarangan kawasan perkuburan, mulut aku dah terkumat-kamit sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang dah pergi dulu. Sepanjang kat kawasan kubur tadi, aku tak banyak bercakap kecuali bila perlu je, sebab dalam hati masih tak berhenti membaca Al-Fatihah, sambil mata aku memandang ke semua kubur yang ada kat situ. Aku jadi sayu mengenang betapa lama aku hanyut dek khilaf. Aku pun tak tau macam mana nak luahkan perasaan yang datang tadi. Aku cuma boleh rasa Allah cuba menyampaikan sesuatu pada aku. Dijentiknya hati ini hingga jadi sebak, sampai sekarang aku masih cuba pujuk diri... kalau nak menangis, menangislah dalam doa lepas solat. Allah menduga bukan kerana Dia membenci, barangkali kerana Dia rindu dan semua ini adalah caranya untuk mengembalikan hati aku supaya tak berhenti memuja keagunganNya. Sesungguhnya Allah maha besar, maha pengampun lagi maha penyayang.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

"Allah menduga bukan kerana Dia membenci, barangkali kerana Dia rindu dan semua ini adalah caranya untuk mengembalikan hati aku supaya tak berhenti memuja keagunganNya," tulis Nazim.
Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah Maha Besar, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar