gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Zhang Yiyang Artis China Pertama Dihukum M*ti Skuad Penembak, Bunuh Kekasih Bawah Umur
HOLLYWOOD
Legenda Rock Ozzy Osbourne Meninggal Dunia
VIRAL
Perjumpaan G*y: "Tiada Penglibatan NGO, Klinik Kesihatan Atau KKM" – Ketua Polis Kelantan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Aku Dah Cakap Jangan Usik Isteri Aku!” – Azlan Komeng

Umirah Halim
Umirah Halim
07/05/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Aku Dah Cakap Jangan Usik Isteri Aku!” – Azlan Komeng
Pelakon Azlan Komeng akhirnya bersuara selepas kecoh kontroversi melibatkan isterinya, Nur Nilam Ortiz, dan seorang wanita berniqab yang didakwa sebagai bakal madu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, Azlan atau nama sebenarnya Azlan Komeng Abdullah meluahkan rasa kesal apabila isu yang sepatutnya boleh diselesaikan secara baik, kini bertukar menjadi bahan bualan umum.
@azlankomeng_official Masa dah time…. 😌 Alhamdulillah… ingatan buat diri, YANG SUKA KITA AKAN FAHAM, YANG TAK SUKA KITA AKAN TERUS MEMBENCI. #bismillah ♬ original sound - AzlanKomeng
“Saya tak suka nak mention orang, saya sebolehnya tak mahu menyakitkan hati orang, menyusahkan atau memalukan orang. Tapi perkara sudah jadi besar.
“Benda kita dah berbincang dengan baik, dah berbual, tapi tiba-tiba jadi isu,” katanya.
Bukan itu sahaja, Azlan turut memberi amaran kepada individu tersebut agar menghormati garis sempadan yang telah ditetapkan dan menghormati isterinya, Nur Nilam.
“Saya nak ingatkan, kau dah melanggar arahan yang saya bagi. Saya dah cakap, jangan kau langgar isteri aku, usik Nilam.
“Jangan buat benda yang menyusahkan Nilam kalau kau betul ikhlas nak dengan kami. Tapi satu per satu kau langgar,” ujarnya.
Jelas Azlan lagi, dia juga akan mendedahkan perkara sebenar sekiranya individu berkenaan terus bertindak melampaui batas.
“Masa dah sampai. Kau nak sangat cerita yang betul, apa yang perlu aku akan sampaikan. Ini semua kau yang minta dengan perbuatan kau. Jadi, terimalah.
“Siapa yang nak komen, dahulukan akhlak. Kalau tak mampu beradab, jangan marah kalau aku tak beradab,” katanya lagi.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan tentang siapakah individu yang dimaksudkan Azlan Komeng di dalam video tersebut.
Sebelum ini, seorang wanita berniqab dikenali sebagai Maizila dipercayai bakal menjadi madu dan isteri kedua kepada Azlan Komeng tampil mempertahankan diri selepas menerima kecaman dari netizen.
Wanita itu menafikan dia sengaja mengejar status sebagai isteri kepada seorang pelakon dan menegaskan bahawa dia sudah lama bersabar dengan fitnah dan cacian dalam diam.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpurdah yang sedang berada di dalam kereta bersama Azlan.
Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata netizen dilihat meninggalkan pelbagai reaksi negatif sehingga terdapat komen yang mengatakan matanya seperti wanita berusia.
Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Topic Berkaitan
#niqab
#Madu
#Azlan
#Nur Nilam
#Komeng
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement