,
Berita

"Aku Adalah Jalan Cintamu PadaNya" - Ini Puisi Menyentuh Hati Ifan Seventeen Pada Isterinya

Rozaimi Zubaidi
25/01/2019
02:43 MYT
Vokalis kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan telah mendedikasikan sebuah puisi kepada isterinya, Dylan Sahara yang meninggal dunia sebulan lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ifan meluahkan rasa hatinya yang masih bersedih mengingati pemergian isterinya yang terkorban akibat Tsunami Selat Sunda pada 22 Disember lalu.
"Percayalah aku juga tak akan disini.Kerana memang tempat kita tidak disini. Kita akan berjumpa dengan senyuman.Di naungan sang pemilik jiwa.
"Perlahan aku kan belajar, Membunuh ego yang klise ini. Kerana sudah harusnya manusia, kembali pada hakikat penciptaan.
"Kamu adalah jalan cintaku padaNya, kamu mendekatkan aku padaNya.Sungguh baik lakumu duhai kekasihku, menghantarkan aku PadaNya.
"Aku adalah jalan cintamu PadaNya, akan kuhantarkan doa terbaik untukmu. Karena doa, adalah jendela pertemuan kita saat ini, hingga kita berjumpa dibawah naunganNya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan puisi yang didekasikan kepadanya dan berharap agar Ifan tabah menempuhi ujian ini.
Mengimbas ketika kejadian, Dylan berada di belakang pentas tempat Seventeen mengadakan persembahan untuk satu undangan acara himpunan sebuah syarikat elektrik Indonesia yang dihadiri 260 orang.
Ifan, satu-satunya anggota kumpulan itu yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi disahkan terkorban.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Kritik Buku Puisi Daiyan Trisha, Publisher Nukilan Biruni Mohon Maaf - “Niat Kami Bukan.."

gempak
12/05/2024
06:55 MYT
Penerbit buku puisi pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha, Nukilan Biruni tampil dengan kenyataan baharu selepas kecoh isu seorang wanita yang lantang mengkritik buku berjudul Tulisan tersebut di media sosial.
Hiburan

Lantang Kritik Buku Puisi '4 Baris' Daiyan Trisha, Ini Yang Terjadi Kepada Wanita Ini!

gempak
09/05/2024
02:55 MYT
Seorang wanita telah bertindak lantang mengkritik buku puisi hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha.
Laman Utama

Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri Meriahkan Festival Nada Danau Di Taman Negara Perak!

gempak
25/10/2023
10:51 MYT
Festival Nada Danau - Alam Sumber Karya yang bakal berlangsung di Hentian Amanjaya Royal Belum Pulau Banding, Taman Negeri Royal Belum, Perak pada 3 dan 4 November
Laman Utama

Habis Huru Hara Sebab Buku! Tak Tuju Pada Sesiapa, Daiyan Perjelas Salah Faham - “Saya Tulis Sejak 2018”

gempak
02/09/2023
03:55 MYT
Daiyan kata salah faham.
Laman Utama

Menyayat Hati, Tragis! Filem Dokudrama Seventeen Band, 'Kemarin' Tayang Di Malaysia 21 Oktober Ini!

gempak
18/10/2021
08:43 MYT
Astro First 21 Oktober ini...