Laman Utama
Aktres Mexico Hamil Di Usia 68 Tahun, Bakal Pecah Guinness World Record
Seorang aktres Mexico, Lyn May mengumumkan dirinya hamil pada usia emas iaitu 68 tahun.
May mengaku dia kini hamil tiga bulan dan sudah mempersiapkan diri menyambut kelahiran bayi tersebut bersama pasangannya, Markos D1 yang baru berusia 29 tahun.
Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagramnya minggu lalu dengan mempamerkan foto foto kebersamaannya dengan kekasih muda kepada lebih 160,000 pengikutnya.
"Saya sangat gembira untuk mengumumkan saya hamil tiga bulan dan @markosd1official juga sangat bahagia untuk bergelar seorang ayah," tulisnya.
Pada masa sama, Markos D1 yang juga merupakan seorang pemuzik ikut mengumumkan berita gembira dirinya bakal bergelar ayah.
The Newsweek melaporkan, jika May selamat melahirkan bayi tersebut, dia akan mencipta sejarah dengan memecahkan Guinness World Record sebagai wanita tertua dunia yang melahirkan anak.
Pada 29 Disember 2006, Maria del Carmen Bousada Lara memegang rekod tersebut selepas melahirkan sepasang kembar lelaki, Christian dan Pau melalui proses pembedahan.
Wanita itu berusia 66 tahun sewaktu melahirkan kembarnya yang melalui proses bayi tabung uji (IVF) di Barcelona, Sepanyol.
Bousada, bagaimanapun meninggal dunia pada tahun 2009.
Sementara itu May atau nama sebenarnya Lilia Mendiola de Chi pernah berkahwin dengan Antonio Chi-Xuo dari tahun 1989 sehingga lelaki itu meninggal dunia pada 2008.
Pada tahun yang sama, dia kemudian berkahwin kali kedua dengan Guillermo Calderon Stell.
Instagram: @lyn_may
Must-Watch Video