,
Berita

Aktiviti Berbasikal Jadi Trend, PDRM Rekodkan 56 Kematian Sejak Jan Hingga Okt 2020

Maliah Surip
12/12/2020
11:40 MYT
Aktiviti berbasikal kini menjadi trend yang amat popular di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Meski ia merupakan sebuah aktiviti riadah yang sihat dan menarik, namun pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebuah data tentang kemalangan sehingga membawa maut terkait dengan trend berbasikal di negara.
Menurut laporan BERNAMA, PDRM merekodkan 56 kematian daripada 137 kes kemalangan melibatkan penunggang basikal di negara ini bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata selain daripada 56 kematian, 18 lagi cedera dan 63 cedera ringan.
Beliau berkata bagi tempoh sepanjang tahun lepas, JSPT merekodkan sejumlah 201 kes melibatkan 107 kematian, 35 cedera parah manakala 59 cedera ringan.
“Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal di jalan raya menjadi satu trend baharu rakyat Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan mendatangkan bahaya pada penunggang motosikal serta pengguna jalan raya yang lain.
"Walaupun tiada larangan aktiviti berbasikal di jalan raya, JSPT menasihatkan penunggang basikal agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan demi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Azisman menegaskan bahawa aktiviti berbasikal di jalan raya boleh mengganggu kelancaran pergerakan lalu lintas kerana kenderaan lain turut menggunakan laluan sama setiap masa dan boleh mengundang risiko kemalangan.
“Pemandu kenderaan seperti lori, bas, kereta, motosikal dan seumpamanya turut diingatkan supaya bertimbang rasa dan lebih berhati-hati ke atas penunggang basikal kerana mereka ini amat terdedah kepada bahaya semasa berada di atas jalan raya.
JSPT turut menasihatkan mereka yang ingin menjalankan aktiviti berbasikal supaya memilih lokasi dan masa yang sesuai seperti di kawasan yang kurang kenderaan dan bukan di waktu puncak ketika pergi dan balik kerja,” katanya.
Selain itu, beliau berkata pemilik perlu memastikan peralatan dan basikal yang akan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk menggunakan rak di bumbung sahaja pada kenderaan untuk mengangkut basikal.
Beliau berkata mana-mana orang yang melakukan kesalahan semasa menunggang basikal di atas jalan raya boleh diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
“Antaranya Seksyen 54 (1) APJ 1987 iaitu menunggang secara melulu dan membahayakan, Seksyen 79(2) APJ 1987 mana-mana orang yang gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya adalah melakukan suatu kesalahan,” katanya.
Sumber: BERNAMA Kredit Foto: Razak Latif
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Viral

Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Kemudahan Tandas Awam Di Malaysia - “Berhenti Menormalkan Tandas Tanpa Bidet"

gempak
03/11/2024
09:25 MYT
Tular di platform X dimana seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan tandas awam di Malaysia kerana kebanyakannya tidak mempunyai bidet atau dikenali sebagai alat pencuci.
Unitar