Hiburan
Aktif Dalam Dunia Muzik, Fimie Don Takkan Tinggalkan Lakonan - “Saya Juga Mencari Sesuap Nasi Menerusi…”
Sibuk dalam menghasilkan muzik, pelakon dan penyanyi Fimie don memberitahu dia tetap menjadikan dunia lakonan sebagai kerjaya utamanya.
Mahu mengimbangkan dua bidang yang diceburi, pelakon siri From Saga With Love itu bagaimanapun berkata lakonan menjadi fokus utama memandangkan ia merupakan punca rezekinya.
“Kalau boleh saya nak fokus lebih kepada bidang muzik daripada berlakon tapi saya tidak akan berhenti untuk berlakon.
“Sebab saya juga mencari sesuap nasi menerusi lakonan. Jadi saya tak boleh fokus 100 peratus dekat muzik sahaja,” kata Fimie kepada Gempak.
Pada masa sama, Pemilik nama Shafimie Saedon,26, juga menyatakan bahawa dia kini sedang sibuk menyiapkan album pertamanya yang berjudul Tuhan Temukan.
Pelantun lagu Salahkan Aku itu berkata, dia mempertaruhkan pelbagai genre untuk menjadi halwa telinga pendengar dan bersedia untuk mendengar pandangan peminat.
“Betul, sebab tiada makna jika kita mahu buat muzik tapi tak boleh dijual dan orang tak minat.
“Jadi seperti tiada makna jikia kita hasilkan. Album pertama ini agak mencabar tapi sebab ini album suung saya jadi saya mahu buat apa yang saya suka tetapi berbalik kepada pendengar.
“Jadi saya boleh ambil maklum balas daripada peminat dan gabungkan dengan input daripada saya supaya kita boleh hasilkan satu muzik yang lebih matang pada masa akan datang,” katanya.
Must-Watch Video