,
Berita

Aksi Syamsul Yusof Mengarah Mat Kilau Sehebat Pengarah Filem Transformers

Elrafaei Sapi
06/02/2019
09:20 MYT
Ramai penonton teruja mahu menonton filem terbaru, Mat Kilau arahan Syamsul Yusof apatah lagi filem tersebut membawa kisah salah seorang pahlawan Melayu yang pernah terpahat dalam sejarah negara.
Merujuk satu video yang dikongsi menerusi media sosial, penonton berpeluang menyaksikan di sebalik pembikinan filem epik itu yang menjalani penggambaran di kawasan kampung di Lambor Kanan, Perak baru-baru ini.
Jika segelintir penonton beranggapan babak pertempuran adalah suatu yang mudah untuk dirakam, ia sebenarnya memberikan cabaran pada pengarah sendiri untuk mendapat syot terbaik.
Dalam video itu yang dimuat naik salah seorang kru produksi filem itu di Instagramnya, @thehitmannazri, Shamsul sendiri menggunakan kamera untuk merakam babak penting itu.
Apa yang mengujakan, babak itu juga membabitkan letupan dan Syamsul bersama dua kru penggambarannya bergerak secara bebas untuk merakam aksi berkenaan.
Netizen turut memberikan komen rasa teruja mereka untuk menonton filem yang dibintangi pelakon berpengalaman seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin bersama Johan As'ari.
"Steady bro. Makin excited juga ni nak tengok hasil kerja Mat Kilau @syamsulyusoffilm," kata netizen dikenali sebagai @kelvinwest103.
Begitu juga, netizen @nabil_rahim_menyamakan cara kerja Syamsul seperti pengarah hebat Hollywood, Michael Bay yang pernah mengarahkan filem francais Transformers.
"Susahnya yer nak bikin satu2 scene sebuah filem....," kata netizen @aronaventures.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @thehitmannazri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.