,
Laman Utama

Aksi Mesra Fasha Sandha Berendam Dengan Suami Dikritik - “Dalam Islam Pun Larang Tunjuk…”

Asyikin Mayudin
14/09/2023
08:55 MYT
Perkongsian video memperlihatkan pelakon Fasha Sandha sedang berendam bersama suaminya yang juga seorang aktor iaitu Aidil Aziz di laman Instagram mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi video tersebut, Fasha dilihat hanya mengenakan singlet berwarna hitam manakala Aidil dilihat tidak memakai baju menampakkan tubuh badannya yang sasa.
Klip berdurasi 10 saat itu turut menyaksikan pasangan itu melakukan beberapa aksi mesra seperti berpelukan dan berlaga pipi.
Difahamkan video tersebut dimuat naik sebagai salah satu ‘marketing’ bagi mempromosikan produk terbaharu milik Fasha.
Sementara itu, aktres berusia 39 tahun itu dilihat tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang sebaliknya hanya menulis ‘my forever love’ beserta satu tarikh dipercayai hari pelancaran produknya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Fasha memuat naik video seperti itu dan menganggap ia keterlaluan biarpun mereka pasangan suami isteri.
“Dalam Islam pun larang tunjuk kemesraan dalam public. Walau berlakon kena ada batasnya. Janganlah anggap Islam ni mudah sangat sampai pijak-pijak saja tak ada rasa malu langsung ke ke orang sekeliling sekurang-kurangnya malulah dengan Allah sis.
“Hubungan suami isteri depan anak-anak pun kena ada rasa segan silu. Ni kan lagi hubungan di media sosial walaupun halal, jangan la dipertontonkan kemesraan tu. Bukan cemburu tapi mak-mak ni tolong la malu dengan generasi anak.
“Rasanya macam agak keterlaluan perkongsian puan kali ni… saya rasa mungkin elok kalau puan private kan post ni daripada tontonan umum atau sebaiknya… tidak dikongsikan langsung,” komen netizen.
BACA SINI: Dikecam Suka ‘Bergelek’, Fasha Sandha: “Tak Perlu Malu Untuk Jadi…”
BACA SINI: “Niat Kita Hanya Untuk…” - Afiq Shazwan Jawab Isu Aksi Mesra Dengan Fasha Sandha
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.