,
Gaya Hidup

Akhirnya... Pengguna Boleh Guna Kad Debit & Kredit Di Lebuhraya PLUS!

Hanafis Haris
14/08/2019
10:30 MYT
Pada mereka yang telah mempraktikkan sistem bayaran Touch ‘n Go (TnG) e-wallet atau Radio Frequency Identification (RFID), anda pastinya hairan mengapa Lebuhraya Utara-Selatan Bhd (PLUS) masih belum tersedia fungsi sebegini.
Nampaknya, pengguna bakal menikmati kemudahan itu menjelang hujung tahun ini apabila PLUS akan menyokong pembayaran dikenali sebagai sistem PLUS RFID.
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menjelaskan sistem RFID Plus membolehkan akaun kad kredit, debit dan pelbagai jenis dompet digital dipaut terus untuk proses pembayaran tol.
"Dengan kemudahan terbaru itu, pengguna PLUS tidak akan perlu lagi bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG.
"Oleh itu pengguna tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi," katanya.
Jelasnya, PLUS juga sedang dalam proses untuk membolehkan pengguna membuat pilihan pembayaran menggunakan TnG eWallet.
"Kaedah itu boleh membantu mengurangkan kesesakan sewaktu pembayaran di pondok tol, selain mengelakkan masalah baki pada kad TnG yang tidak mencukupi akibat pengguna terlupa untuk menambah nilai," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Jangan Gaduh Di Jalan Raya, PLUS Buka 18 Lorong Smart Lane Sempena Aidilfitri

gempak
08/04/2024
11:55 MYT
Sempena musim perayaan ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 18 lokasi ‘Smart Lane’ di sepanjang lebuh rayanya untuk menampung peningkatan jumlah trafik.
Laman Utama

Nak Lalu Tol Percuma Selama Setahun Tak? Strim Je Shopee Live!

gempak
01/12/2023
08:25 MYT
Strim Shopee Live untuk peluang menangi tol percuma selama setahun
Laman Utama

Hati-Hati Semua! 1.9 Juta Pengguna Lebuh Raya Sempena Deepavali

gempak
21/10/2022
09:47 MYT
Pertambahan trafik sehingga 1.9 juta kenderaan dijangka berlaku di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS)
Laman Utama

Nak Ke Mana Tu? PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Sehari Hujung Minggu Ini!

gempak
07/10/2022
07:22 MYT
Minggu Maulidur Rasul
Laman Utama

Kereta Ikmal Amry Hilang Kawalan, Terbalik 8 Kali

gempak
04/09/2022
02:50 MYT
Syukur terselamat.