Akhirnya Kini Pasti, Ini Lagu-Lagu Bakal Dibawa Bintang GV8 Di Konsert Final! Agak-Agak Siapalah Juara?
Pejam celik pejam celik, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sudah pun memasuki konsert akhir malam ini.
Konsert final kali ini menyaksikan enam bintang yang bakal berentap untuk bergelar juara.
Mengangkat tema ‘Akhirnya Kini Pasti’, keenam-enam bintang akan membawakan tiga buah lagu menerusi segmen solo, duet dan battle.
Berikut merupakan lagu-lagu yang bakal dipertaruhkan esok!
Lagu Solo
1. Aweera - Beggin' (The Four Seasons)
2. Nikki Palikat - Terasing (Datuk Sudirman Haji Arshad)
3. Aliff Aziz - Sampai Syurga (Faizal Tahir)
4. Azan Scan - Seribu Tahun Takkan Mungkin (Bumiputra Rockers)
5. Suki Low - Titanium (David Guetta)
6. Adibah Noor - Seroja (S. Effendi)
Lagu Duet
1.Aweera & Liza Hanim - Sepi (Aina Abdul)
2. Nikki Palikat & Idayu - Mengapa (Nicky Astria)
3. Aliff Aziz & Hafiz Suip - Dealova (Once)
4. Suki Low & Shila Amzah - Jera (Agnes Monica)
5. Azan Scan & Shiha Zikir - Dilema 2003 (Nora & Vince)
6. Adibah Noor & Datuk Zainal Abidin - Kau Di Hatiku (Datuk Zainal Abidin)
Battle Round
1. Nikki Palikat vs Suki Low - Gangnam Style (PSY)
2. Aweera vs Aliff Aziz - Bangun (Aman RA)
3. Adibah Noor vs Azan Scan - Kami Rappers (4U2C)
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.