gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Astillah Menangis Tengok Video Anak Nyanyi Lagu ‘Lebih Indah Berpisah’
HIBURAN
"Bukan Menghilang, Saya Bercuti" - Yassin Senario Muncul Dalam Live TikTok, Balik Sebelum Aidiladha
HIBURAN
Ilham Surah Al-Waqi'ah, Perhimpunan Seeking Rahma 2025 Tampilkan Penyanyi Nasyid Antarabangsa Mohamed Tarek
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Akhbar Utusan Malaysia & Kosmo Beroperasi Seperti Biasa

gempak
Kamaruddin Razal
20/08/2019
13:29 MYT
Sponsor Banner
Akhbar Utusan Malaysia & Kosmo Beroperasi Seperti Biasa
Kumpulan Utusan mengumumkan akan meneruskan operasi penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di sebalik dakwaan syarikat itu akan gulung tikar, lapor Astro Awani.
Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata, operasi Utusan Malaysia dan Kosmo akan terus diterbitkan seperti biasa, namun harga jualan kedua-dua akhbar berkenaan akan dinaikkan.
Utusan Malaysia, kata beliau, akan dijual pada harga RM2 berbanding RM1.50 sebelum ini sementara harga baharu Kosmo pula RM1.50 daripada harga asal RM1.
Harga baharu itu akan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Ogos).
Menurut Abd Aziz, kenaikan harga kedua-dua produk Kumpulan Utusan itu dijangka meningkatkan perolehan sekali gus akan membantu mengeluarkan syarikat daripada kemelut kewangan.
Utusan berdepan dengan krisis kewangan sehinggakan pengurusan syarikat itu tidak mampu melunaskan bayaran gaji kakitangan serta pampasan kepada 800 bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
#Utusan
#Kosmo
Must-Watch Video