,
Laman Utama

Akak Keropok Lekor Viral Mohon Maaf, Ini Kronologi Cerita Sebenar

Syafiqah Jalal
23/06/2021
08:20 MYT
Semalam tular sepotong video seorang peniaga laksa di laman TikTok yang mendakwa gerai niaganya telah ‘diserang’ oleh peniaga keropok lekor bersebelahannya di Taman Koperasi LLN, Kajang.
Video yang telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan di platform media sosial itu memaparkan seorang peniaga lain datang menghampiri tapak jualannya sebelum didakwa menterbalikkan barang niaga individu ini.
Menerusi video itu hanya terlihat laksa yang dijualnya juga kelihatan tertumpah dan berterabur di atas jalan.
Setelah peniaga keropok lekor itu beredar, dapat dilihat individu ini sempat mengutip satu persatu bahan laksa yang jatuh di atas tanah itu.
Difahamkan, kejadian itu berpunca atas dasar tidak puas hati dan bermula dengan kata cacian.
Kisah serta kronologi cerita sebenar apa yang berlaku telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Kaseh Meow Elena.
Menurut apa yang dikongsikan peniaga itu baru sahaja memulakan perniagaan menjual laksa. Tetapi siapa sangka, di hari pertama berniaga, dia mendakwa sudah ‘diserang’ oleh peniaga bersebelahan dengannya.
Terbaharu, menerusi posting yang dimuat naik di akaun Facebook yang sama, dimaklumkan kedua-dua peniaga tersebut telah berdamai dan bermaaf-maafan sesama mereka.
Terdahulu, dilaporkan peniaga laksa tersebut telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan meskipun ‘jiran’ peniaga keropok lekor itu telah tampil membuat permohonan maaf kepadanya.
Kisah mereka mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan peniaga keropok lekor tersebut yang didakwa iri hati dan tidak menyokong sesame peniaga yang turut sama mencari rezeki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.