,
Laman Utama

AJL37: 'Terus Hidup' Aina Abdul Juara AJL37, Gondol Wang RM100,000!

Syafiqah Jalal
12/02/2023
17:06 MYT
Lagu Terus Hidup nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan Aina Abdul membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.
Naib juara pula milik lagu Satu Malam Di Temasek ciptaan dan nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Tempat ketiga AJL37 pula milik lagu Anugerah Terindah ciptaan Alif Satar, Shah Shamshiri, Romeo,Tam Cobain dan Efry Arwis juga sebagai penyanyi itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Sementara itu, penyanyi lagu Aina Abdul sekali lagi dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup ciptaan sepenuhnya dari Aina sendiri sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Manakala Persembahan Terbaik dimenangi Shiha Zikir yang mempertandingkan lagu Irama ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 dan trofi.
Bertemakan Dimensi Muzik, Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa AJL 37 pula diberikan kepada Khai Bahar yang membawa pulang wang tunai RM12,000.
Kemuncak AJL37 tahun ini menyaksikan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri serta juri-juri Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian.
Berlangsung dengan kehadiran lebih 8,000 orang penonton AJL37 dihoskan Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
AJL 37 membuka tirai dengan persembahan pembukaan 3 genre muzik iaitu Rock, Etnik Kreatif dan Hip Hop yang dijayakan oleh Azlan The Typewriter (Lagu Untukmu), De Fam & Wany Hasrita (7 Nasihat - Etnik Kreatif), Kaka Azraff dan Syamel (Nuri - Rock) dan Tuju, Loca, Syamel dan Waris (Mentera Semerah Padi & Mantera Beradu - Etnik Kreatif & Hip Hop).
Anugerah berprestij itu membawakan dua gabungan pengacara wanita terkenal iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad buat kali pertama.
Berikut merupakan keputusan penuh AJL 37:
Juara: Terus HidupPenyanyi: Aina AbdulLirik: Aina AbdulKomposer: Aina Abdul
Tempat Kedua: Satu Malam di TemasekPenyanyi: Joe Flizzow dan SonaoneLirik: Joe Flizzow dan SonaoneKomposer; Sonaone
Tempat Ketiga: Anugerah TerindahPenyanyi: Alif Satar Lirik: Alif Satar, SHah Shamshiri dan RomeoKomposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis
Persembahan Terbaik: IramaPenyanyi: Shiha ZikirLirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John JeevesKomposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves
Vokal Terbaik: Terus HidupPenyanyi: Aina AbdulLirik: Aina AbdulKomposer: Aina Abdul
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024

gempak
07/08/2024
14:50 MYT
Anak perempuan mendiang pengasas Apple, Steve Jobs, Eve Jobs dilaporkan menjalin hubungan asmara dengan pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024.
Hiburan

Jaclyn Victor Tumpang Gembira Bekas Suami Kahwin Baharu - "Sebelum Ni Dia Kata Tak Nak ..."

gempak
04/06/2024
09:58 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor melahirkan rasa gembira apabila mengetahui bekas suaminya, vokalis kumpulan antarabangsa AZ Yet iaitu Shawn Rivera  sudah mendirikan rumah tangga pada April lalu.
Laman Utama

Mahkota Miss Globe 2023 Milik Malaysia, Manvin Khera Slay Semua Pusingan!

gempak
18/11/2023
03:50 MYT
Bangga!
Laman Utama

Uncle Umur 58 Tahun Menang Cabaran Makan Ayam Pedas Berapi Level 5! - "20 Tahun Suka Pedas, Barulah Berselera"

gempak
10/10/2023
12:15 MYT
400 peserta ambil bahagian Fire Chicken Challenge.
Laman Utama

Ramai Kata Menjerit, Tapi Cikgu Shafi Puji Marsha - “Hanya Segelintir Individu Di Dunia Dikurniakan Bakat…”

gempak
17/02/2023
03:45 MYT
Power Marsha!