,
Laman Utama

Ajaibnya Doa, Wanita Terkejut Penyewa Rumah Ebit Lew: "Saya Nak Pulang Duit.."

Mya Amri
26/02/2021
02:48 MYT
Hasrat seorang wanita untuk bertemu dengan pendakwah dan dermawan terkenal Ustaz Ebit Lew akhirnya tercapai.
Perkara itu dikongsi menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram Ustaz Ebit Lew semalam.
Menerusi hantaran itu, Ustaz Ebit Lew menceritakan momen tidak diduga bersama wanita berkenaan.
“Rezeki petang ni. Rahmat Allah. Tayar tiba-tiba pancit terus. Sekali adik towing turun kereta asyik bergambar je. Selalu doa nak jumpa ustaz. Tersenyum saya. Kereta ni ramai peminat. Orang lalu jer ambil gambar dengan kereta.
“Begitu juga masa nak check in satu rumah baru ini dah lewat. Misi tak selesai kena cek in. Dah lewat masuk rumah.
“Sampai rumah owner rumah tu wanita menangis sungguh-sungguh, Ya Allah, ustaz saya hari-hari doa nak jumpa ustaz.
“Tak sangka ustaz yang sewa hari ini. Saya dah niat nak bagi free dekat ustaz. Ustaz dah bayar dekat online ye. Saya nak pulang duit ustaz. Saya dah niat.
“Saya memang penat sikit malam tu. Sibuk tak sempat makan dari semalam. Dan bila jumpa orang susah memang sedih.
“Kadang tengok anak tak sekolah. Bila nak sekolahkan ada masalah pula. Ya Allah. Tapi saya akan selesaikan juga bersama team yang lain.
“Tapi dengar akak tu kata doanya dimakbulkan. Saya tersenyum. Saya pun terus fikir ajaibnya doa. Berbaloi susah sedikit melihat ajaibnya doa orang. Melihat kekuasaan Allah,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi posting yang sama, Ustaz Ebit juga meningatkan jangan memandang rendah doa orang yang memerlukan dan menganiaya golongan berkenaan.
“Begitulah selalunya melihat doa orang miskin dan anak yatim. Kadang dah lewat nak balik. Tiba ada dapat pengaduan tentang orang tinggal di tempat bangunan terbakar dan ditinggalkan.
“Sekali sampai akak tiada kaki. Anak oku. Tinggal disitu dah lama. Terus pindahkan akak tadi ke rumah baru.
“Kita beri free pada akak tadi. Selepas seminggu akak tadi meninggal dunia. Anak yang oku kata ustaz, mak dah solat dan bersyukur.
“Selama ini dah tak percaya tuhan. Selalu berdoa tapi Allah belum kabulkan. Bila ustaz sampai terus rasa bersyukur.
“Dalam hati saya ajaibnya doa akak ni. Begitulah doa orang yang memerlukan. Jangan pandang rendah doa mereka.
“Jangan aniaya orang miskin dan anak yatim. Jangan pandang rendah pada orang lain. Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini.
“Tsunami, gempa bumi, puting beliung,covid 19, dan lain-lain. Siapa maha kuasa boleh tarik semua ini? Hanyalah Allah. Ya Allah selamatkanlah kami semua,” coretnya.
Sebelum ini ustaz Ebit telah menghulurkan bantuan kepada pemuda cacat penglihatan yang kebakaran rumah, misi bantuan banjir, sumbangan tablet PC kepada pelajar dan lain-lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Hiburan

Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam

gempak
06/06/2024
09:25 MYT
Pihak pembelaan Ebit Lew memberitahu bahawa, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal itu.
Viral

"Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

gempak
06/06/2024
07:57 MYT
Wanita yang pernah dibantu oleh dermawan terkenal, Ebit Lew iaitu Mondy Tatto berkongsi perkembangan terkini dirinya.
Laman Utama

“Kalau Ini Penipuan, Buat Apa Saya Nak Seksa Diri Untuk Bela Orang Dari Kasta Rendah” - Caprice

gempak
20/09/2023
09:28 MYT
Doakan semuanya dipermudah.