,
Laman Utama

Aizat Sah Jadi Suami Elyssa, Rancang Bulan Madu Di Mexico

Izwan Isa
14/08/2022
02:46 MYT

Penyanyi dan komposer, Aizat Amdan, 33, selamat bernikah dengan pilihan hati, Elyssa Alia Ilias, 34 di Puchong, Selangor, pada jam 9.17 pagi tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara Ilias Moiden dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan.
Pada majlis itu, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Aizat yang popular dengan lagu Sungai Lui itu bersyukur majlis yang dirancang itu lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang tidak putus mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Alhamdulillah, segalanya telah selesai dan berjalan lancar. Jadi selepas ini, apa-apa yang saya lakukan perlu dibuat berdua.
“Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua. Dan saya juga berharap kami dapat bina sebuah rumah tangga yang sihat dari segi agama dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Elyssa berkata, dia dan Aizat merancang untuk ke Tulum, Mexico bagi berbulan madu.
“Kami sebenarnya ada lokasi impian kami iaitu Tulum, Mexico. Jadi ketika Aizat ke Los Angeles untuk bekerja nanti, kami akan ke sana insya-Allah.
“Impian saya adalah untuk ada vlila dan sekolah menyelam. Jadi tempat itu adalah lokasi kami rasa bagus untuk memulakan idea ini. Saya sukakan tepi pantai kerana ketenangan,” katanya lagi.
Selesai majlis pernikahan itu, majlis resepsi pasangan itu diadakan di lokasi yang sama pada jam 11.30 pagi.
Aizat dan Elyssa kali pertama berkenalan ketika Elyssa yang bekerja sebagai penyampai radio RAKITA menemubual Aizat. Dari perkenalan itu, Elyssa juga banyak membantu kerjaya seni Aizat.
Istimewanya, Aizat turut menghadiahkan lagu Hanya Kita Dua untuk menghargai isterinya itu. Lagu itu sudahpun berada di semua platform digital dan lirik video boleh ditonton menerusi saluran YouTube Aizat Amdan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.