HIBURAN
Aisyah Aziz Selamat Bergelar Isteri Abang PU Riz
Penyanyi, Aisyah Aziz kini selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura, hari ini.
Abang PU Riz
Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendirikan rumah tangga bersama abang kepada pendakwah selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz.Berita gembira itu dikongsi menerusi Facebook rasmi stesen radio Singapura, Warna 942.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut yang dikongsi mengenai perkahwinan mereka."Alhamdulillah. Kini mereka digelar suami dan isteri. Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah, ne'mah & rahmah. Insya-Allah," maklum hantaran tersebut.
Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dalam masa terdekat.
Aisyah bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukanlah seorang penggiat seni.
Sumber: Mediacorp, Harian Metro
Must-Watch Video