,
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

Amri Hassan
14/04/2024
15:26 MYT
Aksi juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Aishah yang tampil bersahaja dengan kurung berbunga melantunkan lagu raya popularnya berjudul Pulanglah sambil disaksikan keluarga dan pemandu yang melalui hadapan rumah saudaranya di Palong 7, Negeri Sembilan.
Biarpun hanya bergantung pada mikrofon dan set karaoke kenduri kampung, kemunculan spontan Aishah itu mendapat pujian ramai.
Ada yang kata nyanyiannya itu sedikit sebanyak mampu mengubat hati pemandu yang sedang resah dan penat dalam kesesakan lalu lintas ketika mahu berhari raya mahupun yang ingin pulang semula ke ibu kota.
"Ini jem pun aku sanggup tunggu," komen Amsyar Lee.
"Belum pernah lagi penyanyi tersohor menyanyi depan rumah hiburkan pengguna jalan raya menuju ke destinasi masing-masing.
"Kalau I drive situ dah jerit we want more!
"Bertambah jem, orang tengok konsert Aishah free.
"Bukan senang tuan badan nak nyanyi lagu dengan harga percuma.
"Untungnya, legend belanja lagu raya pada pengguna jalan raya," komen beberapa warganet.
@aishahjmm
Pulanglah???♬ original sound - Wan Aishah Wan Ariffin

BERITA TRENDING: Aishah Nafi Persendakan Kesengsaraan Rakyat Palestin - “Itu Bukan Satu Penghinaan…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.