,
Laman Utama

Aishah Cadang Beri Bajet Lebih Buat Pakaian 'Aurat Friendly' Untuk Atlet - "I Bukan Nak Tunjuk Alim ..."

Amri Hassan
05/08/2021
13:45 MYT
Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah mencadangkan agar diberikan peruntukan kepada syarikat pengeluar baju sukan untuk menghasilkan pakaian yang menjaga aurat (aurat friendly) atlet.
BACA: Toksiknya! Orang Sibuk Sokong Atlet, Masih Ada Duk Kalut Kritik Outfit Seksi
Jelas Aishah sudah sampai masanya untuk orang ramai bersuara dan menghormati pakaian atlet yang bertanding mewakili negara.
"I rasakan sudah sampai masanya perkara sebegini yang kita harus perjuangkan. Berikan bajet untuk syarikat-syarikat pengeluar baju sukan untuk mereka mengeluarkan pakaian aurat friendly bagi atlet muslim bukan saja wanita tetapi lelaki.
"Ini bukan kolot ok, I baru baca article mengenai team gimnastik Jerman yang memakai pakaian yang menutup bahagian-bahagian yang perlu.
"Kenapa? Bukan kerana tiba-tiba dah peluk Islam, tapi kerana mereka tidak mahu acara sukan mereka dikaitkan dengan sexual connotation yang negatif," ujarnya.
Tambah Aishah, inisiatif itu antara lainnya sebagai pilihan buat atlet sekali gus memberikan galakan kepada remaja perempuan misalnya untuk lebih bergiat aktif dalam acara sukan.
"Habis kita yang muslim ni tak nak ke usaha sikit ke arah tu? Sekurang-kurangnya sebagai 'option' atau pilihan pada atlet itu sendiri.
"Ada kemungkinan ke, yang lebih ramai remaja perempuan muslim kita akan bergiat dalam acara gini sekiranya ada pilihan pakaian begini.
"Kalau I ada anak perempuan sekali nak masuk acara-acara gini, entahlah, mungkin I akan suggest dia masuk acara lain," tambahnya.
Kata pelantu lagu Janji Manismu itu lagi, cadangan tersebut hanya pandangannya sebagai penonton setia acara sukan yang adakalanya cakna dengan cara atlet berpakaian terutamanya atlet muslim.
"Bukanlah nak tunjuk alim bagai, cuma pemerhatian dan cadangan. Mana tau kerana faktor ini lebih ramai atlet muslim wanita yang beraksi," jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar