,
Laman Utama

Aisha Retno Cerita Keperitan Bertepuk Sebelah Tangan Dalam Cinta Denganmu

Asraf Aided
19/01/2021
01:20 MYT
Penyanyi Aisha Retno, 20, yang semakin meningkat naik kini tampil dengan single terbaharu berjudul Cinta Denganmu.
Buah tangan terbaharunya itu mengisahkan tentang percintaan menyedihkan; cinta seorang wanita tidak berbalas.
"Lagu ini mengisahkan tentang cinta seorang wanita tidak diterima si lelaki, lambat laun dia terpaksa akur cintanya bertepuk sebelah tangan meskipun sudah cuba berusaha mengejar cintanya.
"Mesej lagu ini adalah, cinta itu tidak perlu dipaksa dan harus hadir dengan sendiri, kepada pasangan bercinta pula, mereka seharusnya mempunyai kesefahaman bersama.
"Tidak dilupakan, bukan semua pasangan bercinta mampu mengecap kebahagiaan yang diidam," katanya.
Dalam pada itu, Aisha juga teruja kerana mendapat kepercayaan menyanyikan naskah sentuhan Farouk Roman dan Amylea Azizan itu.
“Alhamdulillah proses pembikinannya sangat lancar dan dipermudahkan. Bekerja dengan Farouk dan Amylea adalah satu penghormatan buat saya.
"Seminggu sebelum rakaman, Farouk memberikan demo lagu itu kepada saya selain banyak berbincang tentang bagaimana saya mahu menyesuaikan diri dengan lagu berkenaan.
“Walaupun Farouk merupakan satu nama berpengaruh, dia masih lagi terbuka menerima pendapat orang baru seperti saya. Sewaktu rakaman, saya mendapat tunjuk ajar daripada Jat Lobo yang berperanan sebagai pengarah vokal. Dialah yang membantu saya dari segi penjiwaan demi memastikan penyampaian nyanyian saya berkesan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Aisha juga tidak mengambil mudah dan hanya sekadar mahu menyanyikan lagu ini tanpa belajar selok-belok liriknya.
Dia mengakui kurang pengalaman dalam bercinta menjadi cabaran terbesar yang harus disahut. Menurutnya, mujur kehadiran Jat Lobo banyak membantu semasa proses rakaman.
“Secara peribadi, cabaran terbesar semestinya untuk mendalami liriknya. Saya sendiri belum pernah mengalami keperitan dalam percintaan sebagaimana kisah lagu ini.
"Saya akui agak ambil masa juga untuk saya benar-benar dapat menghayatinya. Alhamdullilah, Jat Lobo sangat membantu sepanjang proses itu,” tuturnya menutup bicara.
Terdahulu, Aisha pernah menghasilkan beberapa lagu termasuk Mengikat Jiwa dan Terima Kasih (duet bersama Yuka Kharisma).
Lagu Mengikat Jiwa benar-benar membuka mata peminat untuk mengikuti kerjaya nyanyiannya. Semakin meraih pengikut di media sosial, Aisha juga sentiasa memuat naik video nyanyian semula lagu artis lain di Instagram.
Cinta Denganmu boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.
the-hardest-singing-show

THSS: Pertama Kali Tercorot & Hampir Tersingkir, Aisha Retno Menangis Kecewakan Peminat - "Memang Tak Seronok Diumumkan ..."

gempak
01/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno mengugurkan air matanya setelah diumumkan hampir tersingkir di konsert The Hardest Singing Show minggu ke-8 malam tadi.
Berita

MBPJ Anjur 37 Program Sempena Ulang Tahun Ke-18, Aisha Retno, Black, Santesh Antara Artis Yang Bakal Turun Padang!

gempak
26/06/2024
17:40 MYT
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun lalu meraikan ulang tahun ke 18 pengiktirafan status bandar raya.
the-hardest-singing-show

THSS: Alami Masalah Teknikal Ketika Persembahan, Aisha Retno Mohon Maaf - "Saya Tak Nak Salahkan Sesiapa, Mungkin ..."

gempak
17/06/2024
05:55 MYT
Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kecewa apabila menghadapi masalah teknikal iaitu mikrofon tidak berfungsi ketika melakukan persembahannya di konsert keenam The Hardest Singing Show.