VIRAL
Aisar Khaled Nampak Tak Selesa Dikerumun & Disentuh Orang Ramai, Netizen Pula Sinis - “Balik Malaysia Je Lah”
Pempengaruh dan selebriti media sosial, Aisar Khaled, menjadi tumpuan apabila videonya dikerumuni orang ramai tular di media sosial, baru-baru ini.
Aisar Rimas Dikerumun & Disentuh
Dalam rakaman tersebut, Aisar kelihatan duduk di sebuah tempat awam, dikelilingi peminat yang ingin merakam gambar dan berinteraksi dengannya.
Namun, ekspresi wajah Aisar jelas menunjukkan sedikit ketidakselesaan, terutama apabila ada individu yang dilihat cuba menyentuhnya.
Menjengah ke ruangan balas, ramai yang berpendapat bahawa privasi dan ruang peribadi seseorang harus dihormati, walaupun dia seorang figura terkenal.
Netizen Sinis Minta Balik Malaysia
Malah, ramai juga berpendapat itulah realiti sebenar jika seseorang mengecap populariti
“Budak tu dok tampar lengan dia. Aisar punya body language dah mula start nampak dah menyampah,” komen netizen.
“Nampak muka penat dah nak layan fans tu. Balik malaysia meh,” tulis netizen lain.
“Balik malaysia jela. Konfirm tak ada orang peduli,” sinis netizen.
“Awal awal seronok, lama lama jadi semak sebab hidup kau tak tenang tiada privacy,” komen netizen lain.
Terdahulu, tular juga sebuah video memaparkan seorang wanita yang juga penerima bantuan memegang Aisar seperti bersalaman, memeluk dan menyentuh bahagian muka Aisar.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Wanita Salam, Peluk & Sentuh Pipi Aisar Khaled Bikin Netizen Kurang Senang - “Orang Dah Beri Bantuan Jangan Ambil Kesempatan Pula”
ARTIKEL BERKAITAN: Adli Goldenboy Puji Aisar Khaled Sahut Cabaran Lawan Fadly, Umum Bakal Bertarung Tahun Depan Tebus Kekalahan – “Level Macam Tu Level Saya Main Atas Ring”
Must-Watch Video