,
Laman Utama

Aisar Khaled Buat Hal Lagi… Demi Content, Sanggup Baring Tengah Jalan, Ganggu Lalu Lintas

Izwan Isa
29/05/2022
22:50 MYT
Another day, another drama. Umum mengetahui yang selebriti media sosial, Aisar Khaled gemar mencetuskan kontroversi.
Sejak menjadikan platform media sosial sebagai platform utama berkongsi kandungan (content), pelbagai perkara dilakukan oleh Aisar, sehingga menyebabkan kekecohan dalam kalangan netizen.
Terbaharu, menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Aisar dilihat sedang merakamkan video terbaharu di tengah-tengah kesesakan ibu kota Kuala Lumpur.
@maderbell93 Siapa sdh nama dia ne? helo pulis helooo pulis ada btl tgh jalan #aisarkhaleed #fyp #fypシ #viral #viraltiktok #fypシ゚viral ♬ original sound - Vince Caluag
Bagaimanapun, ia menimbulkan tanda tanya netizen memandangkan keadaan jalan raya yang sesak dan kesanggupannya untuk berpura-pura jatuh demi content media sosial.
“Oh boleh pulak buat content tengah jalan raya! Ni ke nama dia influencer?” tulis pemilik video berkenaan.
Difahamkan, menerusi ruangan komen, seorang netizen memberitahu yang Aisar sedang membuat eksperimen sosial.
“Dia nak buat social experiment nak tengok siapa tolong mase dia jatuh. Tapi takda yang tolong,” katanya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta supaya netizen tidak terus berkongsi kelakuan Aisar di media sosial.
“Kenapa kamu promote dia, nanti semua tengok dia punya akau dan video… Astaga,” tulisnya.
Terdahulu, Aisar pernah teruk dikecam kerana dituduh cuba untuk meraih perhatian menerusi kandungan video dengan membuat rakaman dirinya menziarahi pusara arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin.
Bagaimanapun, Aisar telah mengakui silap dan memohon maaf atas kesalahannya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Viral

Janji iPhone 15 Untuk 30 Pembeli Terawal Perfume, Individu Dakwa Ditipu Influencer - “Mana iPhonenya?!”

gempak
04/03/2024
12:55 MYT
Hmm influencer mana ni?
Viral

Kaki Hampir Patah, Aisar Khaled Taubat Tak Nak Main Bola Sepak Dah - "Banyak Lagi Nak Pakai Kaki Ni"

gempak
12/02/2024
02:50 MYT
Aisar yang sedang menggelecek bola sepak tiba-tiba dirempuh pihak lawan hingga menyebabkan kakinya hampir patah.
Laman Utama

Dituduh Beri Harapan Palsu Kepada Pengikut, Aisar Khaled Mohon Maaf

gempak
26/12/2023
13:55 MYT
Aisar beri penjelasan di sebalik tuduhan
Laman Utama

Belikan Motor Lebih Mahal Untuk Abang Rider, Aisar Khaled Teruk Dikecam Netizen

gempak
14/09/2023
03:50 MYT
Kenapa kena kecam pula?