,
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

Asyikin Mayudin
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.

Fasha Sentiasa Ada

Elisya ketika ditemui di kejutan majlis ulang tahun kelahirannya pada Sabtu berkata sejak kecik lagi, Fasha akan sentiasa memastikan dirinya dalam keadaan gembira.

“Bila cakap fasal kakak, mesti saya rasa nak menangis. Dia memang… dari saya kecil sampai saya besar, dia sentiasa ada untuk saya. Dia juga akan pastikan yang saya gembira.

“Tak ada kata dapat digambarkan tapi saya memang sayang kakak saya. Biasalah waktu kecil ada la kadang-kadang gaduh, tapi dia dari saya kecil sampai besar, bila hari lahir dia tak pernah lagi tak buat saya gembira.
BERITA TRENDING: “Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha
BERITA TRENDING: Isu Kanak-Kanak Didera Kekasih Ibu, Elisya Sandha Harap Suspek Diberkas - “Kau Memang Jantan Tak Guna! Dera Anak Orang!”
“Saya memang tak boleh hidup tanpa kakak saya. Apa-apa yang jadi dalam kehidupan, saya akan kembali kepada keluarga dan kakak,” katanya kepada Gempak.

Tulis Nota Untuk Fasha

Berkongsi mengenai kenangan zaman kecil, Elisya memberitahu jika mahukan sesuatu, dia akan menulis nota dan menyelitkannya di pintu bilik Fasha.
“Dia memang ada dengan saya, tapi paling saya ingat ketika masa kecil, keluarga saya bukan orang senang, apa saya boleh katakan Fasha yang banyak menyumbang kepada keluarga kami sampai saya dah besar, dan kerja saya pun sama-sama menyumbang juga.

“Masa saya kecil, dalam lima tahun macam tu, saya tulis atas kertas ‘nak basikal boleh?’ dan saya selit bawa pintu bilik dia. Bila dia baca, kertas tu dia tampal dekat cermin bilik.

“Setiap nota yang saya tulis, dia akan letak dekat cermin dia dan sampai sekarang dia masih simpan. Dia sangat sweet sebab dia hargai perkara-perkara kecil seperti itu.
“Apa saja yang saya nak yang ibu bapa saya tak dapat nak berikan, Fasha adalah kakak saya yang akan cuba untuk dapatkan untuk saya,” ujarnya.

Kenangan Yang Tak Dapat Dibeli

Sementara itu, Fasha mengakui dia masih menyimpan nota-nota yang ditulis adiknya kerana menganggap ia kenangan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
“Bagi saya itu semua kenangan sebab dia membesar di depan mata saya. Setiap kali dia nak sesuatu, dia akan minta melalui kertas. Dia akan tulis la… kalau ada rezeki, saya akan belikan untuk dia.

“Jadi nota-nota dan gambar semua tu merupakan kenangan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha mengakui dia tidak pernah berasa terbeban malah menganggap segala rezeki yang diperolehi itu juga ada bahagian untuk keluarganya.

Rezeki Untuk Keluarga

“Tak pernah rasa bebanan sebab dalam rezeki saya ada rezeki untuk keluarga juga. Saya selalu fikir setiap rezeki yang dapat adalah berkat doa keluarga. Tanpa mereka, rezeki saya mungkin tersekat.
“Bila kita belanja mereka, terdetik hati mereka kata murah rezeki kita, mungkin apa yang mereka doa itu, makbul. Sebab itu saya selalu fikir dalam rezeki saya ada rezeki orang lain juga,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: Identiti 'Isteri' Terbongkar, Pasangan Lelaki Kantoi Kahwin Sejenis

BERITA TRENDING: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?
BERITA TRENDING: “Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha
BERITA TRENDING: Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”
BERITA TRENDING: "Mama Bekalkan Donut, Hantar Kami Ke Sekolah Naik Basikal Setiap Hari" - Fasha Sandha Menangis, Terimbas Memori Tinggal Di Rumah Anak…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

gempak
21/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil memberi respons susulan dia memuat naik sebuah video penghargaan kepada kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah sempena ulang tahun kelahiran Shila baru-baru ini.
Viral

Hubungan Adik-Beradik Dikatakan Tak Baik, Uciluna Jawab Dakwaan Siti Jamumall - “Tak Semua Benda Kena Kongsi Di Media Sosial”

gempak
07/08/2024
00:56 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Khairul Shukri atau dikenali sebagai Uciluna tampil memberikan komen berhubung dakwaan kakaknya, Siti Jamumall yang mengatakan mereka tidak mempunyai hubungan baik sebagai adik-beradik.
Hiburan

Chef Wan Dedah Bagi Elaun Hingga RM3,000 Kepada Adik Beradik

gempak
02/08/2024
21:55 MYT
Kongsi Chef Wan, segala kesenangan yang diperolehnya sebelum ini adalah lebih baik diberikan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.
Hiburan

Ibu Mentua Dah Tanya Bila Nak Ada Anak Kedua, Elisya Sandha Pula Mahu Beli Rumah

gempak
10/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengakui ibu mentuannya iaitu pengarah dan pelakon Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.